Sunday, March 29, 2009

Penjajahan bahasa atas suatu bangsa



Kepentingan bahasa bagi setiap bangsa di bumi ini adalah perisai dari ancaman pencemaran budaya,adat,adap serta kepercayaan kepada agama yang dianuti.

Perjalanan tanahair Melayu ini tika menentang jua ditentang lalu ditakluk serta dicanai-canaikan ,hasilnya apa yang terbentang di hamparan mata dimana buruk atau baiknya bergantung kepada kesedaran jiwa anak-anak melayu itu sendiri.

Apakah yang berlaku di semenanjung Tanah Melayu ini atau Negara yang dipanggil Malaysia ciptaan barat ini terselamat dari penjajahan bahasa..?????Apakah warisan pemimpin yang di susun oleh penjajah begitu telus serta murni hati mereka terhadap bangsanya..?Apakah....apakah..begitu banyak apakah jika direnung adalah penjahanam kepada tanahair ini.

Konsep pecah dan perintah adalah strategi penjajah tika memijak tanahair ini.Lihat lah sejarah yang lalu itu adalah bukti dan kelangsungan untuk tanahair ini tidak punyai bangsa sendiri yang maju serta berkuasa.

Dalam isu bahasa ini ianya tetap berkonsep pecah dan perintah...fikir-fikirkanlah.

Suatu masa dulu bahasa melayu di gunakan tanpa terhad dan batas keutamaannya tulisan jawi....penjajah berkuasa tapi tidak berupaya memurtadkan melayu.Suatu masa lalu tuisan jawi dihapus dari sistem pembelajaran lalu digunakan tulisan rumi sepenuhnya.....pewaris penjajah tidak mampu memurtadkan sepenuhnya melayu ini tapi mereka mampu memecah belah kan fahaman,kepercayaan,amalan,peradapan dalam ertikata lain jiwa atau jati diri melayu bergetar-getar serta mungkin retak.Bagaimana ianya berlaku???Pabila anak-anak melayu tidak berupaya membaca atau menulis dalam tulisan jawi sedangkan persoalan serta tuntutan agama adalah merujuk kepada kitab-kitab kuning(buku agama yang ditulis dalam bahasa jawi oleh ulama melayu) akhirnya terjemahan serta tulisan rumi menjadi paparan kepada umat melayu sudah hilang perdu tuntutan dalam beragama.Terjemahan ntah dari mana sanadnya menjadi rujukan umat melayu, akhirnya perbedaan pendapat menjadi ukuran dalam menghukum kepercayaan umat islam dalam beragama.Iannya berlaku bila anak anak melayu dihantar ke tanah arab untuk mendalami ilmu agama tanpa mengambilkira fahaman yang berbeza antara sunnah,syiah,wahabi dll...Hasilnya mereka yang menggengam segulung ijazah diberi kuasa utk berdakwah serta mentadbir dibidang agama...berserabutlah umat melayu lahirlah golongan muda,syiah,wahabi..dan macam-macam lagilah.Agenda sabil selepas mewariskan Tanah Arab kepada sekutu mereka lalu mengolah agama mengikut kehendak pemerintah supaya mereka kekal berkuasa.Pemeritah dari Nusantara menghantar umat melayu ini kesana selepas sistem mengaji disini dihapuskan atau disekat. Umat melayu dimomokan dengan biasiswa serta jaminan kerja tanpa perdu agama itu.

Jika dahulu umat melayu belajar diTanah Arab mengunakan bahasa Melayu kerna ulama-ulama melayu berpusat di sana dalam masa yang sama mereka belajar bahasa arab.Bila ulama melayu dihalau balik ke sini oleh wahabi serta saud,mereka ini berhadapan dengan penjajah yang sudah tersedia menghantar pelapis ketanah ARAB utk versi yang baru.

Jika kini isu bahasa England digunakan dalam pembelajaran math dan sains atas nama utk pembangunan dan diteriak oleh golongan lain itu hanya sekadar topeng utk perniagaan dalam pembahagian kekayaan terhadap kroni..ini benda kecil.Sebenarnya ...agenda utk memurtad melayu tanpa menukar agama....bagaimana???Jika melayu sudah fasih atau selesa berbahasa english dari bahasa ibunda sudah pasti mereka lebih suka membaca buku atau segala rujukan dalam bahasa english.Disinilah jarum atau peranan unsur sabil akan di gunakan.Buku agama berbahasa english menjadi rujukan dan akan ada permasalahan dalam terjemahan lalu Universiti barat menjadi rujukan kerna disitu menjadi tempat mereka mengolah,mentafsir mengikut kehendak agenda sabil...maka bercelarulah umat melayu dalam beragama...maka akan ada golongan baru dalam pengelasan beragama ..sepertimana golongan tua dan muda selepas tanah arab menjadi rujukan beragama.

Bahasa itu kulit pada budaya yang berisikan Agama sebagai panduan.