Sunday, June 14, 2009

SIAPA YANG BERPERANG DENGAN AGAMA ALLAH

















copy pasted dari mistisfiles

June 13, 2009 7:40 PM
Banijawi said...
Terdetik adakah yang tersirat di sebalik kata Kaballah,Adakah mungkin perkataan itu suatu kod.cantuman perkataan Kaabah dan Baitullah.....kaballahmungkinkah ini suatu misi golongan ghaib utk menakluki baitullah dan kaabah..pastinya begitulah atas alasan agama tapi sebenarnya mereka ingin membebaskan raja mereka yang dipenjara di bawah Kaabah itu.Baitullah mereka telah kuasai serta menjarah dibawah tanah mencari apa yang ingin dimiliki...Lembu emas yg di sembah samiri ada replika nya di Bursa saham NY...kaitan dan jaluran yang tak terhenti..
June 14, 2009 7:59 AM











Sunday, June 7, 2009

ZIONIS DI SELATAN TANAHAIR




Singapura Sudah Melampau!
Posted on Tuesday, May 26 @ 16:11:06 PDT by TokPenghulu
Oleh: keezumar
"
Ruhanie Ahmad
Hubungan
Malaysia-Indonesia adalah persahabatan saudara senusantara, biduk lalu
kiambang bertaut, air dicincang tak akan putus. Hubungan
Malaysia-Brunei adalah persahabatan abadi dua negara di mana persamaan
sentiasa diraikan, perbezaan pula sentiasa dihormati. Hubungan
Malaysia-Singapura adalah persahabatan yang berasaskan kepada pertalian
sejarah bumi Melayu yang malang. Ada pihak mengatakan ianya bagaikan
aur dengan tebing. Banyak pihak pula menyifatkannya umpama duri dalam
daging. Begitulah hakikatnya menurut logika pemikiran Melayu tradisi.
Secara
ilmiahnya, kajian hubungan antarabangsa adalah mengenai interaksi
politik dan sosial antara negara, aktor bukan negara dan individu
(Griffiths, O’Callaghan & Roach 2008:vii). Konsep hubungan
antarabangsa pula merujuk kepada hubungan antara negara-bangsa. Tetapi,
oleh kerana negara adalah aktor utama hubungan antarabangsa, pelbagai
wacana oleh majoriti sarjana klasik mempersetujui bahawa hubungan
antarabangsa adalah hubungan antara negara (Viotti & Kauppi
1999:26). Sementara itu, Millar (1969) pula menegaskan, dasar luar
adalah dasar yang mempunyai dampak kepada hubungan sebuah negara dengan
negara lainnya.
Berikutan lawatan rasmi Datuk Seri Mohd. Najib
Tun Razak ke Singapura semalam, apa agaknya diskripsi yang paling
sesuai untuk menghuraikan hubungan Malaysia-Singapura? Bagai menanam
tebu di bibir, di mana dengan wajah manis pemimpin besar Singapura
menolak ide pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor?
Umpama madu dan racun di mana Malaysia yang membekalkan berjuta-juta
gelen air mentah ke Singapura setiap hari, tidak langsung dihormati
sehingga menyebabkan Singapura enggan memahami matlamat Malaysia untuk
menggantikan Tambak Johor? Atau seperti melepaskan anjing tersepit, di
mana Singapura yang amat memerlukan bekalan air diberikan bekalan air
secukupnya, dan Singapura yang memerlukan ruang bumi baru-baru ini
disediakan Iskandar Malaysia sebagai taman permainannya yang baru di
bumi Malaysia, tetapi republik itu tidak langsung rasa terhutang budi
walaupun setitik nilainya kepada Malaysia?
Dasar luar Malaysia
memang berasaskan teori realisme di mana kelangsungan, kepentingan,
kedaulatan dan keselamatan negara adalah nilai-nilai teras utamanya.
Tetapi, proses evolusi menyebabkan Malaysia mempunyai hubungan luar
yang sentiasa disesuaikan dengan perkembangan semasa. Oleb sebab itu
Malaysia mengamalkan dasar luar yang digandingkan dengan teori
interdependensi terhadap jiran tetangganya. Malaysia melaksanakan dasar
luar untuk memperkayakan jiran tetangganya. Malaysia percaya kepada
dasar luar yang digabungkan dengan teori keamanan. Ini bermakna,
ciri-ciri resalisme yang menjadi asas kepada dasar luar Malaysia
sentiasa digabungkan dengan teori interdependensi dan keamanan
semata-mata untuk mewujudkan peaceful co-existence atau kehidupan
bersama secara aman.
Tetapi, bagaimana dengan dasar luar
Singapura? Mungkinkah Republik pulau itu akan terus tidak berganjak
dengan dasar luarnya, iaitu realis-independen, tanpa sebarang ruang
kompromi dan bertolak ansur dengan jiran tetangganya? Jika begitu
hakikatnya, mungkinkah Malaysia akan mengkaji semula dasar luarnya
dengan Singapura supaya sesuai dengan fahaman realis-independen yang
dianuti oleh republik tersebut? Jika itulah hakikatnya, wajarkah
Malaysia bertegas dengan Singapura bila satu daipada perjanjian airnya
dengan Malaysia mansuh tempohnya pada 2011? Jika begitu hakikatnya,
mustahilkah untuk Malaysia mengkaji seluruh hubungan dua halanya dengan
republik itu supaya selaras dengan fahaman realis-dependen yang
dipegang teguh oleh Singapura?
Pandangan di atas adalah cetusan
minda peribadi saya selaku rakyat biasa Malaysia. Saya mencetuskan
pandangan ini kerana saya beranggapan Singapura sejak era kepimpinan
Abdullah Badawi seolah-olah tidak langsung mahu bertolak ansur dengan
Malaysia. Silap siapa, saya tidak mampu untuk memastikannya. Tetapi,
silap Malaysia paling ketara adalah sikap kita yang sentiasa mahu
menjaga hati jiran tetangga tanpa mengira hakikat dan realiti pihak
yang berjiran dengan kita.
Berasaskan cetusan pendapat ini,
fikirkanlah semasak-masaknya berita ini yang saya petik daripada
halaman N6 akhbar The Star bertarikh 21 Mei 2009 seperti berikut:
JOHOR
BARU: Kota Iskandar, the sprawling new state administrative capital in
Nusajaya, faces a major security risk as it is located near a Singapore
firing range.
The
range, inside the Sarimbun Camp, is operated by the Singapore Armed
Forces and involves the use of a live ammunition from tanks and
aircraft including helicopter gunships.
There have been instances when the explosions at the range have caused vibrations on the Malaysian side less than 2km away.
Banyak
persoalan strategik timbul daripada berita di atas. Mengapa jadi
begitu? Silap siapa? Atas nasihat siapa? Mengapakah sesuatu perancangan
besar di kawasan sempadan tidak melalui kajian impak keselamatan yang
menyeluruh?
Berasaskan cetusan pandangan ini juga saya ingin
bertanya, jika Malaysia hendak membina jambatan ketiga merentangi Sulat
Tebeau, di manakah lokasinya? Adakah lokasinya adalah lokasi yang sudah
dikenalpasti oleh Singapura, iaitu lokasi yang betul-betul mengarah ke
Nusajaya? Jika itulah lokasinya, bukankah satu syarikat swasta pernah
membuat satu presentation di sebuah hotel lima bintang di Singapura
kira-kira tiga tahun lalu, mengenai hasrat Singapura mahu membina
sebuah jambatan raya atau superbridge yang kalis bom menuju ke
Nusajaya? Jika itulah lokasinya, benarkah jambatan itu akan dibina
mengikut spesifikasi keselamatan dan pertahanan Singapura?
Waspadalah
Malaysia. Ibu negeri Johor Darul Takzim kini berada dalam jarak bedilan
kereta kebal dan kapalterbang berpeluru milik Singapura. Jika jambatan
ketiga yang mahu dibina kelak adalah jambatan yang mengikut spesifikasi
keselamatan dan pertahanan Singapura menuju ke Nusajajaya,
perbetulkanlah keadaan ini dengan serta merta.
Dengan Singapura,
hubungan Malaysia tidak perlu lagi berlembut atau berkasar. Tetapi,
hubungan Malaysia-Singapura cukuplah sekadar untuk berhubungan tanpa
pihak di pulau itu beranggapan Malaysia adalah negara yang boleh
dipermainkan, dimanipulasi atau tidak perlu dihormati kedaulatan dan
kemerdekaannya. Fikir-fikirkanlah!
Hubungan Malaysia-Singapura bagaikan duri dalam daging? "