Wednesday, July 22, 2009

Penhapusan Jejak Bangsa dan Nusa



Salam sejahtera,

Syukur kepada Tuhan Yang Esa,kerana sekali lagi siri Alter Terahsia Bangsa Melayu dapat menemui para pembaca MistisFiles.Suatu ketika,hubungan dengan Lodgekeeper terputus begitu sahaja dan maklumat berharga darinya tidak dapat diakses.Namun,kesabaran dan keyakinan yang kuat adalah kunci sebenar kepada pengetahuan yang berharga.Jika bukan Lodgekeeper,pasti ada anak bangsa yang lain,yang mampu membaca segala konspirasi dan pengkhianatan ke atas sejarah agung bangsa Melayu.Telah terlampau lama kita didodoikan dengan kisah persejarahan yang memenatkan dan menyedihkan sehingga kini masih ada,malah memang ada dan terlampau ramai pula,dari kalangan Melayu sendiri yang teramat 'merendah diri' dengan sejarah bangsanya,menganggap bangsanya pemalas,bodoh,tidak kreatif dan kurang daya tahan,seolah-olah itulah kesimpulan akhir dari pemerhatian dirinya sebagai orang Melayu terhadap bangsanya sendiri,juga terikut-ikut rentak gendang yang dimainkan oleh orang lain yang dengki dan tidak berpuashati dengan bangsanya.Jika benar apa yang disangkakan oleh sesetengah orang Melayu ini,bagaimana bangsanya yang pemalas,bodoh,lemah dan kurang berfikir ini boleh wujud di muka bumi yang penuh persaingan ini dan bagaimana diri mereka mampu mengaku Melayu ketika ini di bumi bertuah ini?Sesungguhnya perasaan 'inferor' sesetengah orang Melayu adalah kerana keputusan dari tumbesaran mereka di dalam arus sejarah yang majoritinya bernadakan kesedihan dan kemunduran umat Melayu.Jika kita membuka buku sejarah tempatan,atau lebih tepat buku teks Sejarah sekolah menengah yang diajarkan kepada anak-anak kita,hanya tidak sampai 30 peratus kisah kejayaan orang Melayu dipaparkan,ya anda sudah dapat membayangkan pada topik yang mana.Hanya bab Kesultanan Melayu Melaka sahaja dapat membangkit semangat orang-orang Melayu yang 'inferior' ini.Sebelum itu ada juga diceritakan kerajaan-kerajaan purba lain tetapi dengan fakta amat rapuh dan teramatlah sedikit,seolah-olah tidak penting.Sebelum itu lagi,adalah kisah orang-orang gua;Paleolitik,Neolitik,Mesolitik dan litik-litik yang lain,seolah-olah orang-orang gua di Tanah Melayu ini tiba-tiba berjaya menjadi Bendahara,Temenggung,Laksamana dan Syahbandar Empayar Melayu Melaka!!Orang-orang gua di Tanah Melayu yang berpindah-randah,mengamalkan cara hidup sara diri,hanya mampu membuat alat-alat membajak tanah,memburu binatang dan zasss!!!Tiba-tiba bertukar menjadi sultan-sultan Melaka,mampu membina pelabuhan antarabangsa yang mewah,mampu membina kapal-kapal sama ada untuk perdagangan atau peperangan,mampu menghantar utusan diplomatik dari jiran-jiran sekeliling seperti di Tanah Jawa sehinggalah ke Negeri China,Rom dan Parsi.

Apa yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita di dalam bumi bertuah ini??Adakah mereka duduk termenung di dalam bilik pejabat berhawa dingin?Atau minum-minum di kedai-kedai mamak di waktu awal pagi,pukul 10 pagi,makan tengahari dan kemudian balik rumah sambil melupakan sejarah bangsa sendiri?Adakah waktu mereka dihabiskan untuk membaca bahan sejarah yang ditulis oleh R.O Winsted,Raffles dan seangkatan dengan mereka?Siapakah Stamford Raffles itu?Beliau adalah ahli Freemason peringkat tertinggi dan ditahbiskan sebagai anggota pertubuhan syaitan itu pada 5 Julai 1813 di Lodge De Vriendschap,Surabaya.Apa yang ahli sejarah tanahair buat di dalam pejabat-pejabat mereka?Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light?Damn!Bangsa yang tidak memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan.Bangsa-bangsa lain berusaha menuliskan sejarah bangsa sendiri,memelihara tempat-tempat warisan sejarah mereka;mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta dolar hanya untuk memastikan sejarah bangsa mereka terpelihara misalnya kerajaan Sweden sanggup menaikkan kapal perang kuno Vasa yang tenggelam di Laut Baltik pada tahun 1628 untuk dipamerkan di muzium supaya anak cucu meraka dapat melihat betapa nenek moyang mereka mampu membina kapal perang hebat itu.Tetapi di manakah wang negara dihabiskan?Kononnya lebih baik wang digunakan untuk membantu rakyat marhaen dari memelihara tapak-tapak bersejarah,tetapi sebaliknya wang rakyat digunakan untuk membina projek-projek mega yang membazir yang akhirnya bukan orang Melayu yang memiliki projek-projek mega itu;contoh yang paling hampir di batang hidung Melayu ialah Iskandar Malaysia.Hakikatnya bangsa Melayu kini tidak mampu menghayati sejarah bangsa dan hilang semangat patrotik.Bermula dari atas,para pemimpin Elit Melayu yang majoritinya berpendidikan Barat tidak mampu mengangkat akal fikiran dan hujah bila berdebat tentang sejarah bangsa sendiri.Mereka terlalu lemah berhadapan dengan sejarah;menunjukkan penyakit buta sejarah juga berjangkit kepada para Elit Melayu ini.Tidak seperti membincangkan hal pilihanraya,kuasa,projek-projek mega,kontrak dan sebagainya,apabila ditunjal sedikit tentang sejarah yang sudah jelas menjadi haknya,mereka terhuyung-hayang dan gayat dengan bangsa asing.Contohnya kes Pulau Batu Putih,ya memang Malaysia khasnya orang Melayu sudah berputih mata,tetapi eloknya dikaji mengapa tiada seorang pun ahli sejarah yang bijak pandai di negara ini mampu menghalang wilayah sendiri jatuh ke tangan asing.

ANDA SUDAH NAMPAK KEPENTINGAN SEJARAH?Lihat,bangsa asing sanggup mendidik dan menyekolahkan anak bangsa mereka di dalam bidang sejarah bersungguh-sungguh kerana kelak BUKAN PARA NEGARAWAN ATAU JENERAL TENTERA YANG MENGAMBIL ALIH WILAYAH NEGARA LAIN,TETAPI PAKAR-PAKAR SEJARAH.Ini adalah trend penjajahan masa kini.Di manakah dokumen yang mengatakan dengan jelas Pulau Batu Puteh adalah hak Johor?Mengapa disenyapkan dokumen berharga itu?Mengapa para hakim luar negara berasa hairan pasukan Malaysia menyerahkan gambar Pulau Batu Puteh yang sebenarnya di ambil dari sebuah blog (copy paste @ download)??Padahal pasukan Singapura bertungkus lumus mengupah jurugambar profesional mengambil gambar 'real' malahan menggunakan kemahiran teknik fotografinya sekali (mungkin menggunakan photoshop dan 'superimpose') bagi membuatkan seolah-olah Pulau Pedra Branca (nama pulau itu pada sebutan Singapura) lebih dekat dengan Singapura.Betapa sambil lewanya mereka yang berkenaan dalam mempertahankan wilayah sendiri.Dan apabila kalah,sanggup pula mengatakan keputusan hakim itu adalah paling adil atau 'win-win situation' (difahamkan kata-kata ini lebih bersifat menyedapkan hati yang duka lara) padahal negara hanya layak mendapatkan terumbu batu yang bila air pasang terhapus terus dari pandangan (laksana biskut chipsmore-kejap ade kejap takde) sebaliknya orang lain pulang dengan gembira sambil menjinjing buah tangan Pulau Batu Puteh yang dapat dibina sebuah rumah api di atasnya!Mungkin mereka berkata,ala...tanah sekangkang kera itu pun nak berkira.Hei,orang asing bermati-matian mendapatkan sejengkal tanah orang-orang Melayu tetapi orang Melayu lebih gemar mengenyangkan perut sendiri daripada melihat maruah bangsa terbela.Jika kita lihat di Pulau Pisang juga sama.Orang luar sanggup bersusah payah membina rumah api di pulau-pulau Melayu dengan harapan merekalah nanti diiktiraf sebagai Tuan Punya pulau tersebut.Sifat orang Melayu yang suka membiarkan tanah sendiri semak samun dan sanggup bekerja di kilang-kilang berjangkit kepada para Elit Melayu.Alangkah baiknya mereka memantau setiap pulau di Malaysia dan membina rumah-rumah api atau apa saja supaya menjadi tanda pulau tersebut ada tuannya.Ini tidak,24 jam memikirkan apakah lagi cara untuk menipu bangsanya sendiri bagi mengangkatnya sebagai pemimpin politik,tidak kira hujah-hujah pembangunan yang sudah basi hinggalah alasan-alasan agama,juga mahu dipermainkan sesuka hati demi sekelumit pangkat dan jawatan.Tragedi ini samalah seperti orang Melayu yang dikurniakan anak,tetapi anak tersebut dibiarkan tiak terbela,kemudian orang asing datang mencubit-cubit pipi anak kita sambil membelikan permainan dan gula-gula.Kemudian kita membiarkan anak kita tinggal dengan orang asing dan dibesarkan oleh orang asing tadi.Apabila besar panjang dan anak kita tadi sudah bekerja dan berjawatan besar,barulah terhegeh-hegeh datang ke rumah orang asing tadi supaya diserahkan kembali anak kita itu.Apa kata orang asing tadi??Of course,NO WAY!!Orang lain yang merampas tanah,orang lain yang dijadikan hakim,dan akhirnya orang lain yang dapat tanah...Bidang-bidang yang dikejar oleh anak muda Melayu yang pandai-pandai biasanya sains,kejuruteraan,guaman,IT,perubatan,bidang kemahiran dan teknikal dan lain-lain tetapi berapa kerat anak Melayu yang dilatih menjadi ahli sejarah yang kritis dan dinamis (bukan menjadi pak turut Barat)?Penglibatan anak Melayu dalam bidang sejarah amatlah menyedihkan dan ini terbukti bahawa pakar sejarah Malaysia yang popular adalah berbangsa Cina dan mendapat gelaran profesor pula!Bukanlah hendak berpandangan negatif malah cukup bagus ramai bukan Melayu berminat mendalami sejarah negara sendiri dan menjadi lebih patriotik tetapi apa petandanya kepada orang-orang Melayu?MALAH KAUM LAIN YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MELAYU JUGA AMAT CINTAKAN WARISAN SEJARAH MALAYSIA dan berusaha belajar sejarah Malaysia dari buku teks Tingkatan Lima sehingga berjaya mendapat PhD dalam bidang sejarah di kala anak-anak Melayu lain terkial-kial menghafal nama-nama tokoh kemerdekaan lantas menghempas buku sejarah dan mengeluh sambil memikirkan betapa bosannya ilmu sejarah itu.Sampaikan orang lain mereka-reka cerita mengatakan pahlawan mereka sendiri iaitu Hang Tuah,Hang Jebat dan lain-lainnya adalah keturunan Cina,maka sebilangan orang Melayu sudah begitu cepat menghidap demam kekeliruan dan mula mempercayainya padahal sebutan 'Hang' itu adalah gelaran kepada para pahlawan tersebut.Agaknya jika Hang Tuah berada di zaman kita dan berjumpa dengan Tan Sri-Tan Sri Melayu maka Hang Tuah juga mungkin mengatakan ini semua orang-orang Cina dari keluarga Tan,padahal itu semua adalah gelaran-gelaran sahaja.Adakah Hang Tuah sebenarnya bernama Hang Too Ah?Of course not!Ini semua adalah pemikiran bingung lagi membingungkan.Semuanya tidak habis-habis mahu mengusik perasaan orang Melayu,penduduk pribumi The Land of The East ini.Ada pula orang-orang lain yang berusaha mengatakan orang-orang Melayu bukan pribumi dan juga golongan pendatang sama ada dari Yunnan atau dari lain tempat.Mereka bermurah hati pula mempertahankan Orang Asli dan Jakun yang sekian lama hidup dengan orang-orang Melayu beribu tahun yang silam dengan mengatakan kaum-kaum inilah yang layak dikatakan pribumi.Sebenarnya situasi yang sama akan menimpa Orang Asli dan Jakun jika mereka berada di posisi orang-orang Melayu dan orang Melayu pula tinggal di lereng-lerang bukit atau di dalam hutan.Bayangkan Orang Asli dan Jakun ini memegang politik Malaysia dan mempunyai raja-raja.Orang-orang 'gila' ini sudah pasti akan menukar pernyataan mereka dengan mengatakan Orang Asli atau Jakun ini adalah kaum pendatang dari Afrika atau Kepulauan Pasifik.Dan dengan murah hati,mereka akan membela orang-orang Melayu yang duduk di bukit-bukit tadi.
SEBENARNYA MEREKA INGINKAN TANAH AIR MALAYSIA INI DAN KALAU BOLEH MAHU MENGHALAU BUKAN SAHAJA MELAYU MALAH PRIBUMI-PRIBUMI YANG LAIN.