Tuesday, April 28, 2009

Satu Malaysia
















Para elit Melayu ini tetap mahu memikirkan mengapa orang-orang kampung ini bodoh,mahu benda-benda percuma sahaja,tidak berpendidikan dan pemalas (betulkah begitu?) dan mula terfikir tentang kata-kata rakan karib mereka dari kalangan Chinese Zionist tentang 'Malaysian Malaysia','bermain di padang yang rata','persamaan hak','Satu Malaysia' dan sebagainya.Para elit Melayu ini kalau boleh mahu menghapuskan keistimewaan orang-orang Melayu dengan teori mereka,"Orang Melayu akan berjuang dengan lebih gigih dan menyamakan kedudukan mereka dengan kaum-kaum lain"Teori ini benar jika orang-orang Melayu dicampak ke negara lain atau dikeluarkan dari zon selesa mereka atau MEREKA MEMPUNYAI WARISAN BUDAYA ILMU DAN PERNIAGAAN YANG CUKUP LAMA.


Kenapa PM kita belajar di UK dari umur 11 hingga 21 tahun?Apa yang beliau belajar atau apa yang beliau di ajar sebagai jentera Samiri

Begitu juga Menteri KEKWA masih kekal walaupun dikatakan orang Pak Lah...kerna beliau juga berkursus di UK di ERA UMNO di bubarkan..akhirnya wujud semangat 46.....mereka sealiran

Saturday, April 4, 2009

Kempen Earth Hour


28 Mac 2009, tarikh ini bersamaan dengan 1 Rabiulakhir 1430...Sekadar berceloteh merenung alam ciptaan Allah menjadi rujukan sebilangan manusia yang mencari atau menanti masa,waktu dan hari terpilih jua tanah yang bertuah mengalas tapak-tapak serta bekas-bekas jejak manusia yang dimuliakan.
Kempen Earth Hour yang di gemburkan seluruh dunia selama satu jam bermula dari 8.30mlm hingga 9.30mlm bermotifkan pemanasan global akan menghancurkan planet ini..persoalannya,adakah masa satu jam itu mencapai visi atau misi tercapai? satu jam dari 8760 jam selama satu tahun lebihkurang 0.01%..saja...lu fikirlah sendiri.
Sebenarnya idea ini di cetus atau di pelopori oleh WWF Australia.Badan ini adalah ranting dari cabang PBB yang dikuasai serta alat kepada tangan-tangan ghaib yang memerintah dunia kini(NWO-order baru dunia).Mereka telah mempunyai peralatan moden yang bertebaran di angkasa mengikut orbit yang ditetapkan untuk setiap keperluan yang mereka sendiri tetapkan.Peralatan mereka mampu mengesani haba-haba yang dikeluarkan oleh manusia di bumi ini serta menyaksikan pergerakannya.Apakah haba-haba yang dikeluarkan oleh cahaya lampu telah mennyebabkan gangguan kepada peralatanmereka??...mungkin ya,mungkin tidak.
Kita seharusnya berfikir sejenak atau mencari info waktu 8.30mlm selama satu jam itu adalah jarak waktu berbeza mengikut garisbujur bumi.Sekiranya di pulau Sulawesi tempat paling awal berkemundang azan ...adakah mereka menjejaki aura(gelombang) azan ini untuk di check mate??mereka telah amaklum hal ini sekian lamanya.
Apakah mereka telah mencipta peralatan yang lebih canggih yang berupaya menjejaki kaum yang hilang,tanah yang dijanjikan atau apa????berpandukan kepada apa?
Adakah mereka mengesan haba,gelombang atau menjejaki cahaya yang bersinar tapi tidak berhaba?Adakah Lebih kepada pengkhususan kepada Nur Muhammad yang berpindah-pindah dari orang yang dimuliakan serta Jemaahnya.
Adakah ada penemuan itu?Jika ada, Adakah penemuan itu kejayaan mereka atau permulaan kehancuran tamaddun mereka??Hanya ALLAH yang mengetahui.
Sekadar mengajak berfikir-fikir sebagai umat yang lemah dan perlu dibantu

Sunday, March 29, 2009

Penjajahan bahasa atas suatu bangsa



Kepentingan bahasa bagi setiap bangsa di bumi ini adalah perisai dari ancaman pencemaran budaya,adat,adap serta kepercayaan kepada agama yang dianuti.

Perjalanan tanahair Melayu ini tika menentang jua ditentang lalu ditakluk serta dicanai-canaikan ,hasilnya apa yang terbentang di hamparan mata dimana buruk atau baiknya bergantung kepada kesedaran jiwa anak-anak melayu itu sendiri.

Apakah yang berlaku di semenanjung Tanah Melayu ini atau Negara yang dipanggil Malaysia ciptaan barat ini terselamat dari penjajahan bahasa..?????Apakah warisan pemimpin yang di susun oleh penjajah begitu telus serta murni hati mereka terhadap bangsanya..?Apakah....apakah..begitu banyak apakah jika direnung adalah penjahanam kepada tanahair ini.

Konsep pecah dan perintah adalah strategi penjajah tika memijak tanahair ini.Lihat lah sejarah yang lalu itu adalah bukti dan kelangsungan untuk tanahair ini tidak punyai bangsa sendiri yang maju serta berkuasa.

Dalam isu bahasa ini ianya tetap berkonsep pecah dan perintah...fikir-fikirkanlah.

Suatu masa dulu bahasa melayu di gunakan tanpa terhad dan batas keutamaannya tulisan jawi....penjajah berkuasa tapi tidak berupaya memurtadkan melayu.Suatu masa lalu tuisan jawi dihapus dari sistem pembelajaran lalu digunakan tulisan rumi sepenuhnya.....pewaris penjajah tidak mampu memurtadkan sepenuhnya melayu ini tapi mereka mampu memecah belah kan fahaman,kepercayaan,amalan,peradapan dalam ertikata lain jiwa atau jati diri melayu bergetar-getar serta mungkin retak.Bagaimana ianya berlaku???Pabila anak-anak melayu tidak berupaya membaca atau menulis dalam tulisan jawi sedangkan persoalan serta tuntutan agama adalah merujuk kepada kitab-kitab kuning(buku agama yang ditulis dalam bahasa jawi oleh ulama melayu) akhirnya terjemahan serta tulisan rumi menjadi paparan kepada umat melayu sudah hilang perdu tuntutan dalam beragama.Terjemahan ntah dari mana sanadnya menjadi rujukan umat melayu, akhirnya perbedaan pendapat menjadi ukuran dalam menghukum kepercayaan umat islam dalam beragama.Iannya berlaku bila anak anak melayu dihantar ke tanah arab untuk mendalami ilmu agama tanpa mengambilkira fahaman yang berbeza antara sunnah,syiah,wahabi dll...Hasilnya mereka yang menggengam segulung ijazah diberi kuasa utk berdakwah serta mentadbir dibidang agama...berserabutlah umat melayu lahirlah golongan muda,syiah,wahabi..dan macam-macam lagilah.Agenda sabil selepas mewariskan Tanah Arab kepada sekutu mereka lalu mengolah agama mengikut kehendak pemerintah supaya mereka kekal berkuasa.Pemeritah dari Nusantara menghantar umat melayu ini kesana selepas sistem mengaji disini dihapuskan atau disekat. Umat melayu dimomokan dengan biasiswa serta jaminan kerja tanpa perdu agama itu.

Jika dahulu umat melayu belajar diTanah Arab mengunakan bahasa Melayu kerna ulama-ulama melayu berpusat di sana dalam masa yang sama mereka belajar bahasa arab.Bila ulama melayu dihalau balik ke sini oleh wahabi serta saud,mereka ini berhadapan dengan penjajah yang sudah tersedia menghantar pelapis ketanah ARAB utk versi yang baru.

Jika kini isu bahasa England digunakan dalam pembelajaran math dan sains atas nama utk pembangunan dan diteriak oleh golongan lain itu hanya sekadar topeng utk perniagaan dalam pembahagian kekayaan terhadap kroni..ini benda kecil.Sebenarnya ...agenda utk memurtad melayu tanpa menukar agama....bagaimana???Jika melayu sudah fasih atau selesa berbahasa english dari bahasa ibunda sudah pasti mereka lebih suka membaca buku atau segala rujukan dalam bahasa english.Disinilah jarum atau peranan unsur sabil akan di gunakan.Buku agama berbahasa english menjadi rujukan dan akan ada permasalahan dalam terjemahan lalu Universiti barat menjadi rujukan kerna disitu menjadi tempat mereka mengolah,mentafsir mengikut kehendak agenda sabil...maka bercelarulah umat melayu dalam beragama...maka akan ada golongan baru dalam pengelasan beragama ..sepertimana golongan tua dan muda selepas tanah arab menjadi rujukan beragama.

Bahasa itu kulit pada budaya yang berisikan Agama sebagai panduan.

Thursday, December 18, 2008

Pengganas penyambung agenda sabil

Nusantara merasai kehidupan umat Muhammad di bumi Syam dalam keperitan ,kesengsaraan,kepayahan,kemurungan,kedukaan pabila tanah mereka di rampas atas nama demokrasi yang merupakan agenda utama tentera sabil agar mereka berkuasa serta mempunyai pengaruh dalam setiap kerajaan yang di bentuk oleh RakYAT.....Kita telah dimomokan oleh tentera sabil dengan Slogan "Rakyat berkuasa Mengubah atau membentuk kerajaan.....".Secara halusnya kita tidak sedar bahawa dalam kita melaungkan atau memekik-mekik ayat itu ..."sebenarnya Allah yang berkuasa mengubah nya bukan rakyat.." Kita sering di permainkan oleh muslihat tentera sabil atas nama pembangunan dan kemajuan yang menghindari kewujudan Allah yang Esa.

Tuesday, December 16, 2008

Perkataan teror adalah ciptaan agenda tentera sabil...

Wednesday, December 10, 2008

TEROR DI MUMBAI ADALAH OPERASI BENDERA PALSU PERISIKAN INDIA?
Pada Sabtu 29 November 2008, saya siarkan satu tulisan di blog ini mengenai peristiwa keganasan berdarah Mumbai, India, pada malam 26 November 2008, yang menyebabkan 164 orang terbunuh dan lebih 300 lagi cedera parah.Di akhir tulisan itu saya persoalkan sama ada keganasan di Mumbai adalah synthetic terror atau keganasan yang dilaksanakan secara operasi bendera palsu - atau secara baling batu sembunyi tangan - semata-mata untuk membolehkan sesuatu kuasa besar tertentu membuka lawang keempat Peperangan Antikeganasan (PAG) di benua Asia, khususnya di rantau Asia Selatan yang merangkumi India dan Pakistan.Saya mempersoalkan demikian kerana seluruh episod PAG - mulai Oktober 2001 di Afghanistan (AsiaTengah), mulai Januari 2002 di Asia Tenggara, dan mulai Mac 2003 di Iraq (Asia Barat) - adalah siri peperangan nuklear yang tidak direstui oleh PBB, semberono, pre-emtif dan berasaskan pembohongan serta kepalsuan.Pembohongan dan kepalsuan ini sengaja dirancang, direka dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi perkakas propaganda – media cetak, media elektronk dan media digital – yang dikuasai oleh puak zionis.Propaganda yang bertubi-tubi ini digunakan sebagai topeng kepada operasi bendera palsu yang dilaksanakan atau ditaja oleh kuasa-kuasa tertentu dunia.Propaganda ini juga kini menyebabkan sebilangan komuniti dunia terkeliru lantas meyakini bahawa PAG memang benar-benar angkara teroris Islam antarabangsa.Hakikatnya, PAG adalah angkara beberapa badan perisikan antarabangsa, termasuklah CIA (Amerika Syarikat), MI6 (Britain) dan Mossad (Israel).PAG di Afghanistan kononnya untuk menghancurkan al-Qaeda yang dituduh tanpa bukti sebagai pihak bertanggungjawab meruntuhkan WTC di New York dan Ibupejabat Pentagon di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001.Hingga ke hari ini, al-Qaeda masih belum dimusnahkan, Osama ben Laden masih belum ditawan. Tetapi, Afghanistan dibom, musnah ranah, ramai rakyatnya terkorban, yang hidup pula diancam radiasi nuklear, AS serta sekutunya juga terus hadir di negara berkenaan.PAG di Iraq kononnya untuk memusnahkan Saddam Hussein yang didakwa sebagai membina senjata pemusnah (WMD) yang mengancam komuniti dunia.Hakikatnya, WMD langsung tidak ditemui di Iraq. Tetapi, negara itu dijajah, dimusnah, jadi kacau-bilau dan Saddam Hussein pula sudah dihukuman gantung sampai mati.Sebuah agensi perisikan Australia dan agensi perisikan daripada sebuah negara ASEAN yang amat intim dengan puak zionis pula dipercayai terbabit dalam siri keganasan secara operasi baling batu sembunyi tangan di Asia Tenggara.Menerusi operasi ini, termasuklah siri pengeboman di Indonesia, pihak yang fitnahkan sebagai pengangkaranya adalah Jemaah Islamiah (JI) di Indonesia, Barisan Bertindak Kebangsaan Moro (MNLF) di selatan Filipina dan Organisasi Pembebasan Pattani (PULO) di selatan Thailand.Di Mumbai baru-baru ini, sekumpulan teroris Islam yang kononnya dikenali sebagai Deccan Mujahidin dan Lashkar-e-Taiba yang didakwa berpangkalan di Pakistan, telah difitnahkan sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan keganasan berkenaan.Fitnah ini dipercayai disengajakan untuk membolehkan sebuah kuasa besar tertentu memerangi Pakistan atas alasan kononnya negara Islam itu melindungi teroris Islam antarabangsa.Laporan terbaru oleh Associated Press (AP) Sabtu lalu mendedahkan hakikat ini. Agensi berita itu dipetik sebagai melaporkan bahawa seorang agen bernama Mukhtar Ahmed, yang bekerja bagi pihak Polis India di Kashmir, telah ditangkap.Mukhtar didapati sebagai pihak yang membekalkan sim card telefon bimbit kepada Lashkar-e-Taiba yang dituduh terbabit dengan keganasan di Mumbai.Penangkapan ini membuktikan bahawa agensi perisikan India yang sudah menyusupi Lashkar-e-Taiba adalah pihak yang menguasai pelaksanaan keganasan di Mumbai.Kurt Nimmo daripada Prison Planet.com menulis bahawa tindakan perisikan India melaksanakan sesuatu operasi baling batu sembunyi tangan untuk difitnahkan kepada Pakistan serta beberapa organisasi yang kononnya teroris Islam antarabangsa, adalah perkara biasa.Tulisan Nimmo disiarkan oleh portal berita http://www.thetruthseeker.co.uk/. Bacalah sendiri untuk mengikuti kisah selanjutnya.Saya menghuraikan perkara di atas secara ringkas kerana baru-baru ini negara kita juga cuba dikaitkan dengan keganasan yang terjadi di Mumbai.Kita semua tahu itu adalah fitnah. Sesudah tragedi 11 September pun Malaysia difitnahkan sebagai salah satu lokasi yang digunakan oleh segelintir pihak yang kononnya meruntuhkan WTC di AS.Kita wajar berwaspada. Kita juga mesti bertegas mematahkan fitnah seperti ini. Ini kerana fitnah, pembohongan dan kepalsuan adalah ciri-ciri utama operasi bendera palsu atau operasi baling batu sembunyi tangan.Oleh itu, janganlah mudah kita terpedaya atau dipengaruhi oleh mana-mana propaganda pro-zionis yang berusaha memfitnahkah umat Islam sebagai teroris dan negara-negara Islam sebagai pelindung serta penaja teroris. Ketegasan kerajaan kita dalam hal ini amat disanjung tinggi. – Ruhanie Ahmad
Posted by kudakepang at 1:57 PM 11 comments Links to this post

Saturday, December 6, 2008

Apabila tiang dan rusuk bumi di mamah.....!!!!!

WARKAH PERINGATAN BENCANA
Wahai insan Allah, Tiada ketetapan negara Islam kan terlepas dari bencana termasuklah Malaysia yang menyangka ia memperjuangkan agama. Kerana akan tiba masanya Laut China Selatan menjilat daratan di sekelilingnya. Memusnahkan sejauh sayup pandangan mata. Akan mengejutkan mereka yang menyangka " BENCANA TAKKAN KENA KITA". Yang mahu percaya bertindaklah segera kerana bencana tak boleh diteka. Andai tidak percaya, ketawalah sehendaknya seolah-olah bencana dapat dihindar dengan sendaan cuma. Jangan kamu begitu...Jangan sesekali begitu...Jangan sesekali begitu. Kelak nanti kamu akan tahu. Ini sekadar PERINGATAN dari manusia kepada manusia. Berbaliklah pada Al Quran. Hayati kisah kaum-kaum terdahulu.

Umat melayu bagaimana pendirian kamu agaknya.....??Jantungnya berdenyut kencang kini,jasadnya sakit................

Agenda perang sabil


apakah sistem dunia kini di tadbir oleh kumpulan rahsia IOC.......................
Januari 24, 2008



YAHUDI DI BELAKANG BANK ISLAM?Posted by ibnuabbas under KEPENGGUNAAN Label: , , [3] Comments
Bank Islam Malaysia Berhad merupakan bank Islam pertama di Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Tetapi sedarkah anda sejak akhir-akhir ini, ada beberapa cerita yang tidak baik berkenaan bank tersebut? Antaranya logo baru Bank Islam yang dikatakan seolah-olah menjadi “BAN ISLAM” yang membawa maksud “HARAMKAN ISLAM” atau “GAMkan ISLAM”.

Terbaru, header laman web Bank Islam pula yang menjadi kritikan kerana berlatarbelakangkan lmbang jata Yahudi!!!Sila perhatikan imej di bawah ini:

Selepas ini, agaknya apa pula kontroversi yang akan berlaku…Apa nak jadi dengan Malaysia ni…..

Januari 22, 2008
KISAH ANTIBIOTIKPosted by ibnuabbas under KEPENGGUNAAN, KESIHATAN Label: , [3] Comments