Sunday, June 14, 2009

SIAPA YANG BERPERANG DENGAN AGAMA ALLAH

















copy pasted dari mistisfiles

June 13, 2009 7:40 PM
Banijawi said...
Terdetik adakah yang tersirat di sebalik kata Kaballah,Adakah mungkin perkataan itu suatu kod.cantuman perkataan Kaabah dan Baitullah.....kaballahmungkinkah ini suatu misi golongan ghaib utk menakluki baitullah dan kaabah..pastinya begitulah atas alasan agama tapi sebenarnya mereka ingin membebaskan raja mereka yang dipenjara di bawah Kaabah itu.Baitullah mereka telah kuasai serta menjarah dibawah tanah mencari apa yang ingin dimiliki...Lembu emas yg di sembah samiri ada replika nya di Bursa saham NY...kaitan dan jaluran yang tak terhenti..
June 14, 2009 7:59 AM











Sunday, June 7, 2009

ZIONIS DI SELATAN TANAHAIR




Singapura Sudah Melampau!
Posted on Tuesday, May 26 @ 16:11:06 PDT by TokPenghulu
Oleh: keezumar
"
Ruhanie Ahmad
Hubungan
Malaysia-Indonesia adalah persahabatan saudara senusantara, biduk lalu
kiambang bertaut, air dicincang tak akan putus. Hubungan
Malaysia-Brunei adalah persahabatan abadi dua negara di mana persamaan
sentiasa diraikan, perbezaan pula sentiasa dihormati. Hubungan
Malaysia-Singapura adalah persahabatan yang berasaskan kepada pertalian
sejarah bumi Melayu yang malang. Ada pihak mengatakan ianya bagaikan
aur dengan tebing. Banyak pihak pula menyifatkannya umpama duri dalam
daging. Begitulah hakikatnya menurut logika pemikiran Melayu tradisi.
Secara
ilmiahnya, kajian hubungan antarabangsa adalah mengenai interaksi
politik dan sosial antara negara, aktor bukan negara dan individu
(Griffiths, O’Callaghan & Roach 2008:vii). Konsep hubungan
antarabangsa pula merujuk kepada hubungan antara negara-bangsa. Tetapi,
oleh kerana negara adalah aktor utama hubungan antarabangsa, pelbagai
wacana oleh majoriti sarjana klasik mempersetujui bahawa hubungan
antarabangsa adalah hubungan antara negara (Viotti & Kauppi
1999:26). Sementara itu, Millar (1969) pula menegaskan, dasar luar
adalah dasar yang mempunyai dampak kepada hubungan sebuah negara dengan
negara lainnya.
Berikutan lawatan rasmi Datuk Seri Mohd. Najib
Tun Razak ke Singapura semalam, apa agaknya diskripsi yang paling
sesuai untuk menghuraikan hubungan Malaysia-Singapura? Bagai menanam
tebu di bibir, di mana dengan wajah manis pemimpin besar Singapura
menolak ide pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor?
Umpama madu dan racun di mana Malaysia yang membekalkan berjuta-juta
gelen air mentah ke Singapura setiap hari, tidak langsung dihormati
sehingga menyebabkan Singapura enggan memahami matlamat Malaysia untuk
menggantikan Tambak Johor? Atau seperti melepaskan anjing tersepit, di
mana Singapura yang amat memerlukan bekalan air diberikan bekalan air
secukupnya, dan Singapura yang memerlukan ruang bumi baru-baru ini
disediakan Iskandar Malaysia sebagai taman permainannya yang baru di
bumi Malaysia, tetapi republik itu tidak langsung rasa terhutang budi
walaupun setitik nilainya kepada Malaysia?
Dasar luar Malaysia
memang berasaskan teori realisme di mana kelangsungan, kepentingan,
kedaulatan dan keselamatan negara adalah nilai-nilai teras utamanya.
Tetapi, proses evolusi menyebabkan Malaysia mempunyai hubungan luar
yang sentiasa disesuaikan dengan perkembangan semasa. Oleb sebab itu
Malaysia mengamalkan dasar luar yang digandingkan dengan teori
interdependensi terhadap jiran tetangganya. Malaysia melaksanakan dasar
luar untuk memperkayakan jiran tetangganya. Malaysia percaya kepada
dasar luar yang digabungkan dengan teori keamanan. Ini bermakna,
ciri-ciri resalisme yang menjadi asas kepada dasar luar Malaysia
sentiasa digabungkan dengan teori interdependensi dan keamanan
semata-mata untuk mewujudkan peaceful co-existence atau kehidupan
bersama secara aman.
Tetapi, bagaimana dengan dasar luar
Singapura? Mungkinkah Republik pulau itu akan terus tidak berganjak
dengan dasar luarnya, iaitu realis-independen, tanpa sebarang ruang
kompromi dan bertolak ansur dengan jiran tetangganya? Jika begitu
hakikatnya, mungkinkah Malaysia akan mengkaji semula dasar luarnya
dengan Singapura supaya sesuai dengan fahaman realis-independen yang
dianuti oleh republik tersebut? Jika itulah hakikatnya, wajarkah
Malaysia bertegas dengan Singapura bila satu daipada perjanjian airnya
dengan Malaysia mansuh tempohnya pada 2011? Jika begitu hakikatnya,
mustahilkah untuk Malaysia mengkaji seluruh hubungan dua halanya dengan
republik itu supaya selaras dengan fahaman realis-dependen yang
dipegang teguh oleh Singapura?
Pandangan di atas adalah cetusan
minda peribadi saya selaku rakyat biasa Malaysia. Saya mencetuskan
pandangan ini kerana saya beranggapan Singapura sejak era kepimpinan
Abdullah Badawi seolah-olah tidak langsung mahu bertolak ansur dengan
Malaysia. Silap siapa, saya tidak mampu untuk memastikannya. Tetapi,
silap Malaysia paling ketara adalah sikap kita yang sentiasa mahu
menjaga hati jiran tetangga tanpa mengira hakikat dan realiti pihak
yang berjiran dengan kita.
Berasaskan cetusan pendapat ini,
fikirkanlah semasak-masaknya berita ini yang saya petik daripada
halaman N6 akhbar The Star bertarikh 21 Mei 2009 seperti berikut:
JOHOR
BARU: Kota Iskandar, the sprawling new state administrative capital in
Nusajaya, faces a major security risk as it is located near a Singapore
firing range.
The
range, inside the Sarimbun Camp, is operated by the Singapore Armed
Forces and involves the use of a live ammunition from tanks and
aircraft including helicopter gunships.
There have been instances when the explosions at the range have caused vibrations on the Malaysian side less than 2km away.
Banyak
persoalan strategik timbul daripada berita di atas. Mengapa jadi
begitu? Silap siapa? Atas nasihat siapa? Mengapakah sesuatu perancangan
besar di kawasan sempadan tidak melalui kajian impak keselamatan yang
menyeluruh?
Berasaskan cetusan pandangan ini juga saya ingin
bertanya, jika Malaysia hendak membina jambatan ketiga merentangi Sulat
Tebeau, di manakah lokasinya? Adakah lokasinya adalah lokasi yang sudah
dikenalpasti oleh Singapura, iaitu lokasi yang betul-betul mengarah ke
Nusajaya? Jika itulah lokasinya, bukankah satu syarikat swasta pernah
membuat satu presentation di sebuah hotel lima bintang di Singapura
kira-kira tiga tahun lalu, mengenai hasrat Singapura mahu membina
sebuah jambatan raya atau superbridge yang kalis bom menuju ke
Nusajaya? Jika itulah lokasinya, benarkah jambatan itu akan dibina
mengikut spesifikasi keselamatan dan pertahanan Singapura?
Waspadalah
Malaysia. Ibu negeri Johor Darul Takzim kini berada dalam jarak bedilan
kereta kebal dan kapalterbang berpeluru milik Singapura. Jika jambatan
ketiga yang mahu dibina kelak adalah jambatan yang mengikut spesifikasi
keselamatan dan pertahanan Singapura menuju ke Nusajajaya,
perbetulkanlah keadaan ini dengan serta merta.
Dengan Singapura,
hubungan Malaysia tidak perlu lagi berlembut atau berkasar. Tetapi,
hubungan Malaysia-Singapura cukuplah sekadar untuk berhubungan tanpa
pihak di pulau itu beranggapan Malaysia adalah negara yang boleh
dipermainkan, dimanipulasi atau tidak perlu dihormati kedaulatan dan
kemerdekaannya. Fikir-fikirkanlah!
Hubungan Malaysia-Singapura bagaikan duri dalam daging? "

Saturday, May 9, 2009

PEMIMPIN PARSI

akan ada photo simbol simbol seperti Bush

Siapa tidak kenal Ahmadinejad 'musuh' utama mantan Presiden Bush yang lantang dan menarik minat Yahudi sehingga akhbar itu turut berkempen untuk beliau bagi kempen pilihanraya presiden Iran dalam masa lima bulan mendatang. Manusia yang terkenal dengan cadangan bersifat retorik untuk menghapuskan Israel dari peta dunia bernama Ahmadinejad ini dari datang kelompok bergaris keras - hardliners, menerima tamparan hebat dengan pendedahan dari anak ulama' syiah dari kumpulan sederhana - konservatif, Dr. Mahdi Khazali yang menulis artikel tentang peranan Yahudi dalam kerajaan Iran. Dr. Khazali mendedahkan Ahmadinejad nama sebenarnya ialah Saburjian berasal keturunan Yahudi dari wilayah Aradan. Peperangan antara kumpulan konservatif yang akan menonjolkan bekas Presiden Mohamed Khatami sebagai calonnya dengan kelompok bergaris keras kembali sengit khusus menghadapi pilihanraya nanti. Rupanya ramai kalangan Syiah ni berasal dari Yahudi bermula dari senarai perawi mereka yang mengelilingi Imam-Imam Ahli Bayt, termasuk dakwaan wikipedia bahawa pengarang Bihar al-Anwar - Mula Baqir al-Majlisi berasal dari Yahudi, Nuri al-Maliki pemerintah Iraq terkini dan terbaru Mahmud Saborjian Ahmadinejad berasal dari keluarga Yahudi. keterangan lanjut Ahmadinejad's 'Jewish Family' January 27, 2009 Mehdi Khazali, the son of the conservative Ayatollah Khazali, has written on his personal website that he recently learned that President Mahmud Ahmadinejad has Jewish roots. Khazali notes that Ahmadinejad changed his family name from Saburjian, and says that the origins of the Saburjian family in the town of Aradan should be investigated. Ahmadinejad's relatives had told Britain's "The Guardian" following his election that the family had changed its name for "a mixture of religious and economic reasons." "The name change provides an insight into the devoutly Islamic working-class roots of Mr. Ahmadinejad's brand of populist politics," journalist Robert Tait wrote in "The Guardian." "The name Saborjhian derives from thread painter -- sabor in Farsi -- a once common and humble occupation in the carpet industry in Semnan Province, where Aradan is situated. Ahmad, by contrast, is a name also used for the Prophet Muhammad and means virtuous; nejad means race in Farsi, so Ahmadinejad can mean Muhammad's race or virtuous race.” Ahmadinejad, of course, is known for his frequent slurs and threats against the Jewish state of Israel. The claim about his background should be seen in the context of a growing rift among the president's political allies, the so-called principlists, in the run-up to the June presidential election. -- Golnaz Esfandiari http://www.rferl.org/content/Were_Ahmadinejads_Ancestors_Jews_/1375318.html

Tuesday, April 28, 2009

Satu Malaysia
















Para elit Melayu ini tetap mahu memikirkan mengapa orang-orang kampung ini bodoh,mahu benda-benda percuma sahaja,tidak berpendidikan dan pemalas (betulkah begitu?) dan mula terfikir tentang kata-kata rakan karib mereka dari kalangan Chinese Zionist tentang 'Malaysian Malaysia','bermain di padang yang rata','persamaan hak','Satu Malaysia' dan sebagainya.Para elit Melayu ini kalau boleh mahu menghapuskan keistimewaan orang-orang Melayu dengan teori mereka,"Orang Melayu akan berjuang dengan lebih gigih dan menyamakan kedudukan mereka dengan kaum-kaum lain"Teori ini benar jika orang-orang Melayu dicampak ke negara lain atau dikeluarkan dari zon selesa mereka atau MEREKA MEMPUNYAI WARISAN BUDAYA ILMU DAN PERNIAGAAN YANG CUKUP LAMA.


Kenapa PM kita belajar di UK dari umur 11 hingga 21 tahun?Apa yang beliau belajar atau apa yang beliau di ajar sebagai jentera Samiri

Begitu juga Menteri KEKWA masih kekal walaupun dikatakan orang Pak Lah...kerna beliau juga berkursus di UK di ERA UMNO di bubarkan..akhirnya wujud semangat 46.....mereka sealiran

Saturday, April 4, 2009

Kempen Earth Hour


28 Mac 2009, tarikh ini bersamaan dengan 1 Rabiulakhir 1430...Sekadar berceloteh merenung alam ciptaan Allah menjadi rujukan sebilangan manusia yang mencari atau menanti masa,waktu dan hari terpilih jua tanah yang bertuah mengalas tapak-tapak serta bekas-bekas jejak manusia yang dimuliakan.
Kempen Earth Hour yang di gemburkan seluruh dunia selama satu jam bermula dari 8.30mlm hingga 9.30mlm bermotifkan pemanasan global akan menghancurkan planet ini..persoalannya,adakah masa satu jam itu mencapai visi atau misi tercapai? satu jam dari 8760 jam selama satu tahun lebihkurang 0.01%..saja...lu fikirlah sendiri.
Sebenarnya idea ini di cetus atau di pelopori oleh WWF Australia.Badan ini adalah ranting dari cabang PBB yang dikuasai serta alat kepada tangan-tangan ghaib yang memerintah dunia kini(NWO-order baru dunia).Mereka telah mempunyai peralatan moden yang bertebaran di angkasa mengikut orbit yang ditetapkan untuk setiap keperluan yang mereka sendiri tetapkan.Peralatan mereka mampu mengesani haba-haba yang dikeluarkan oleh manusia di bumi ini serta menyaksikan pergerakannya.Apakah haba-haba yang dikeluarkan oleh cahaya lampu telah mennyebabkan gangguan kepada peralatanmereka??...mungkin ya,mungkin tidak.
Kita seharusnya berfikir sejenak atau mencari info waktu 8.30mlm selama satu jam itu adalah jarak waktu berbeza mengikut garisbujur bumi.Sekiranya di pulau Sulawesi tempat paling awal berkemundang azan ...adakah mereka menjejaki aura(gelombang) azan ini untuk di check mate??mereka telah amaklum hal ini sekian lamanya.
Apakah mereka telah mencipta peralatan yang lebih canggih yang berupaya menjejaki kaum yang hilang,tanah yang dijanjikan atau apa????berpandukan kepada apa?
Adakah mereka mengesan haba,gelombang atau menjejaki cahaya yang bersinar tapi tidak berhaba?Adakah Lebih kepada pengkhususan kepada Nur Muhammad yang berpindah-pindah dari orang yang dimuliakan serta Jemaahnya.
Adakah ada penemuan itu?Jika ada, Adakah penemuan itu kejayaan mereka atau permulaan kehancuran tamaddun mereka??Hanya ALLAH yang mengetahui.
Sekadar mengajak berfikir-fikir sebagai umat yang lemah dan perlu dibantu

Sunday, March 29, 2009

Penjajahan bahasa atas suatu bangsa



Kepentingan bahasa bagi setiap bangsa di bumi ini adalah perisai dari ancaman pencemaran budaya,adat,adap serta kepercayaan kepada agama yang dianuti.

Perjalanan tanahair Melayu ini tika menentang jua ditentang lalu ditakluk serta dicanai-canaikan ,hasilnya apa yang terbentang di hamparan mata dimana buruk atau baiknya bergantung kepada kesedaran jiwa anak-anak melayu itu sendiri.

Apakah yang berlaku di semenanjung Tanah Melayu ini atau Negara yang dipanggil Malaysia ciptaan barat ini terselamat dari penjajahan bahasa..?????Apakah warisan pemimpin yang di susun oleh penjajah begitu telus serta murni hati mereka terhadap bangsanya..?Apakah....apakah..begitu banyak apakah jika direnung adalah penjahanam kepada tanahair ini.

Konsep pecah dan perintah adalah strategi penjajah tika memijak tanahair ini.Lihat lah sejarah yang lalu itu adalah bukti dan kelangsungan untuk tanahair ini tidak punyai bangsa sendiri yang maju serta berkuasa.

Dalam isu bahasa ini ianya tetap berkonsep pecah dan perintah...fikir-fikirkanlah.

Suatu masa dulu bahasa melayu di gunakan tanpa terhad dan batas keutamaannya tulisan jawi....penjajah berkuasa tapi tidak berupaya memurtadkan melayu.Suatu masa lalu tuisan jawi dihapus dari sistem pembelajaran lalu digunakan tulisan rumi sepenuhnya.....pewaris penjajah tidak mampu memurtadkan sepenuhnya melayu ini tapi mereka mampu memecah belah kan fahaman,kepercayaan,amalan,peradapan dalam ertikata lain jiwa atau jati diri melayu bergetar-getar serta mungkin retak.Bagaimana ianya berlaku???Pabila anak-anak melayu tidak berupaya membaca atau menulis dalam tulisan jawi sedangkan persoalan serta tuntutan agama adalah merujuk kepada kitab-kitab kuning(buku agama yang ditulis dalam bahasa jawi oleh ulama melayu) akhirnya terjemahan serta tulisan rumi menjadi paparan kepada umat melayu sudah hilang perdu tuntutan dalam beragama.Terjemahan ntah dari mana sanadnya menjadi rujukan umat melayu, akhirnya perbedaan pendapat menjadi ukuran dalam menghukum kepercayaan umat islam dalam beragama.Iannya berlaku bila anak anak melayu dihantar ke tanah arab untuk mendalami ilmu agama tanpa mengambilkira fahaman yang berbeza antara sunnah,syiah,wahabi dll...Hasilnya mereka yang menggengam segulung ijazah diberi kuasa utk berdakwah serta mentadbir dibidang agama...berserabutlah umat melayu lahirlah golongan muda,syiah,wahabi..dan macam-macam lagilah.Agenda sabil selepas mewariskan Tanah Arab kepada sekutu mereka lalu mengolah agama mengikut kehendak pemerintah supaya mereka kekal berkuasa.Pemeritah dari Nusantara menghantar umat melayu ini kesana selepas sistem mengaji disini dihapuskan atau disekat. Umat melayu dimomokan dengan biasiswa serta jaminan kerja tanpa perdu agama itu.

Jika dahulu umat melayu belajar diTanah Arab mengunakan bahasa Melayu kerna ulama-ulama melayu berpusat di sana dalam masa yang sama mereka belajar bahasa arab.Bila ulama melayu dihalau balik ke sini oleh wahabi serta saud,mereka ini berhadapan dengan penjajah yang sudah tersedia menghantar pelapis ketanah ARAB utk versi yang baru.

Jika kini isu bahasa England digunakan dalam pembelajaran math dan sains atas nama utk pembangunan dan diteriak oleh golongan lain itu hanya sekadar topeng utk perniagaan dalam pembahagian kekayaan terhadap kroni..ini benda kecil.Sebenarnya ...agenda utk memurtad melayu tanpa menukar agama....bagaimana???Jika melayu sudah fasih atau selesa berbahasa english dari bahasa ibunda sudah pasti mereka lebih suka membaca buku atau segala rujukan dalam bahasa english.Disinilah jarum atau peranan unsur sabil akan di gunakan.Buku agama berbahasa english menjadi rujukan dan akan ada permasalahan dalam terjemahan lalu Universiti barat menjadi rujukan kerna disitu menjadi tempat mereka mengolah,mentafsir mengikut kehendak agenda sabil...maka bercelarulah umat melayu dalam beragama...maka akan ada golongan baru dalam pengelasan beragama ..sepertimana golongan tua dan muda selepas tanah arab menjadi rujukan beragama.

Bahasa itu kulit pada budaya yang berisikan Agama sebagai panduan.

Thursday, December 18, 2008

Pengganas penyambung agenda sabil

Nusantara merasai kehidupan umat Muhammad di bumi Syam dalam keperitan ,kesengsaraan,kepayahan,kemurungan,kedukaan pabila tanah mereka di rampas atas nama demokrasi yang merupakan agenda utama tentera sabil agar mereka berkuasa serta mempunyai pengaruh dalam setiap kerajaan yang di bentuk oleh RakYAT.....Kita telah dimomokan oleh tentera sabil dengan Slogan "Rakyat berkuasa Mengubah atau membentuk kerajaan.....".Secara halusnya kita tidak sedar bahawa dalam kita melaungkan atau memekik-mekik ayat itu ..."sebenarnya Allah yang berkuasa mengubah nya bukan rakyat.." Kita sering di permainkan oleh muslihat tentera sabil atas nama pembangunan dan kemajuan yang menghindari kewujudan Allah yang Esa.