Monday, May 31, 2010

AKAN HILANG LAGIKAH MILIK MELAYU....????

Mengapakah kerajaaan tidak membantu memelihara hak tanah milik ini?
Apakah dengan nama pembangunan atau nilai yang tinggi milik melayu ini perlu tergadai ?
Kenapa mereka mempamerkan kuasa wang di depan mata bagaikan melayu ini tidak punya harga diri?seolahnya melayu mudah dipujuk dengan wang......
Mengapa kerajaan yang di kuasai oleh UMNO tidak mahu mengunakan kuasa politik yang ada untuk mengunakan dana kerajaan membangunkan Kg Baru tanpa perlu memberi walau 0.0001% kepada bangsa lain???
Sepatutnya Kg Baru boleh menjadi tumpuan org-org melayu di masa mendatang sebagai tempat yang perlu dikunjungi memandangkan tiada tempat lagi di lembah kelang ini terutamanya di KL yang 100% adalah milik orang melayu.....Tidakkah kerajaan tidak peka pada situasi ini atau mereka turut terlibat dengan agen-agen asing untuk menghapuskan hak milik orang melayu di Kuala Lumpur.Situasi ini sama seperti isu cadangan pemindahan Universiti Malaya keluar dari Kuala Lumpur atas nama pembangunan juga...siapakah dalang ini sama dengan isu kampung baru??
Sebagai pemimpin yang di pilih oleh melayu sepatutnya mereka ini bukan saja mempertahankan milik melayu tapi mendaulatkannya...
Setiap negeri sekarang ini telah ada cina town,india town sepatutnya kerajaan jadikan kampung baru sebagai warisan bandar melayu..kekal tanpa perlu risau generasi akan datang akan mengadaikan atas apa sebab pun...
Sedarlah...asalnya tanah ini milik melayu,sikit demi sikit akan terlepas kpd bangsa asing ,bukalah mata pemimpin melayu kerna setiap hari Tanah Melayu ini inci demi inci luasnya bertukar tangan kpd bangsa asing.
Makanya jaga lah amanah nenek moyang melayu yang telah di persiakan oleh pemimpin terdahulu juga kini.Jika amanah ini kita ingkar maka kita adalah pengkhianat kepada bangsa melayu ini.


Nisbah 60:40 pembangunan Kg. Baru belum muktamad
31/05/2010 4:07pm

KUALA LUMPUR 31 Mei - Cadangan membangunkan hartanah di Kampung Baru berdasarkan nisbah 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera belum muktamad selagi tidak mendapat persetujuan daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Kerajaan akan mendengar serta menerima maklum balas daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan sebelum mengambil sebarang keputusan.
"Pemilik tanah Kampung Baru tidak perlu risau. Apa yang kami bentangkan pada Sabtu lalu adalah baru permulaan untuk mendapatkan persetujuan dan maklum balas daripada pemilik sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sabtu lalu, satu majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi membincangkan pembangunan di kawasan berkenaan.
Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu 40 hektar, yang merupakan antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia.
Raja Nong Chik berkata, kerajaan memberi jaminan kepentingan dan hak orang Melayu tetap dijaga dan diberi keutamaan walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.
"Nisbah yang dicadangkan itu bertujuan memaksimumkan nilai hartanah di Kampung Baru khususnya apabila syarikat korporat bukan Melayu dan syarikat asing turut sama-sama melabur dalam pembangunan yang kita rancang.
"Ini sekaligus akan memberikan pulangan lebih tinggi kepada pemilik tanah Kampung Baru yang sama-sama turut melabur dalam pembangunan ini," katanya.
Raja Nong Chik berkata sebarang pendapat, maklum balas serta pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88891411 atau e-mel kepadanya di rnc@kwp.gov.my. - Bernama

Friday, May 28, 2010

Dimana maruah Melayu kini?????????????








Salam buat pembaca terutamanya generasi melayu di negara yang di tukar panggil sebagai Malaysia,

Gambar pertama itu tertera nama persatuan seni cekak malaysia yang di ambil dari Blog http://silatcekakpsas.blogspot.com/

Gambar kedua dan ketiga adalah Shah Rukh Khan dari benua India serta gambar ke empat itulah hakikat diri Shah Rukh Khan.

Apakah yang ada di pemikiran orang melayu kini?bagaikan hilang pertimbangan dan cetek akal dalam memahami erti suatu pusaka bangsa yang perlu di warisi dari zaman berzaman.Inilah kata-kata yang terucap bila melihat banner dari suatu persatuan yang diketahui ramai adalah suatu persatuan budaya melayu yang mengembangkan silat sebagai jentera untuk mengekalkan erti jati diri orang melayu (rujuk http://www.silatcekak.org.my/).adalah Silat adalah sesuatu yang sinonim dengan org melayu sejajar dengan perkataan pendekar,hulubalang yang mengambarkan sesuatu bangsa.

Sekiranya silat itu adalah warisan bangsa melayu makanya orang melayu itu punya hak untuk memelihara pusaka bangsa ini walaupun mereka bukan ahli sesuatu persatuan agar nilai tamaddun melayu itu tidak hilang atau tercemar sepertimana PSSCM dimana AJK mereka telah memilih seorang yang bukan melayu untuk memimpin sebuah persatuan budaya yang berteraskan silat sebagai penggerak seni kebudayaan mereka.Perkara ini harap di teliti oleh orang-orang melayu dan boleh merujuk http://sapahabaq.blogspot.com/ sebagai panduan dari kemelut PSSCM kini.
Gambar Shah Rukh Khan yang dipaparkan sekadar membuka minda orang-orang melayu bahawa perbezaan antara mereka hanyalah di segi kerakyatan saja tapi mereka berdua berasal dari benua India.Mereka berdua boleh dipakaikan dengan apa saja pakaian melayu tapi jiwa dan darah mereka berdua tetap mengalir tamaddun India...itulah hakikatnya.
Makanya sesuatu yang wajar perlu dilakukan oleh orang-orang melayu agar pengkhianatan terhadap pusaka bangsa melayu boleh di cegah dari diambil kesempatan dari individu-individu yang bertopengkan agama,ketokohan,kedudukan atau apa saja alasannya untuk mengunakan seni kebudayaan melayu sebagai landasan memecah belahkan orang melayu.
Hilang budaya,Hilang lah suatu tamaddun bangsa.....perkara ini yang sepatutnya orang melayu fikirkan kerna teras tembok suatu bangsa adalah budayanya dimana setiap rumpun atau benua ada bahasa dan budaya nya sendiri.Manakah mungkin mereka dari benua lain(India,Cina,Afrika,Eropah,US,Arab) boleh memimpin salahsatu cabang seni kebudayaan Melayu kerna mereka tidak ada jiwa tamaddun itu walaupun mereka berada dalam rumpun melayu.
Orang-orang melayu harus belajar dari sejarah agar sesuatu yang telah terlepas(tanah,negeri,pulau,hakikat kuasa politik dll) tidak akan berlaku keatas seni kebudayaan pusaka melayu.Penjajah atau mubaligh tidak dapat mengkafirkan umat melayu kerna mereka tidak dapat mengubah tamaddun melayu(itu sebab Raja/Sultan masih ketua dari segi Agama dan Adat Melayu).Penjajah atau mubaligh gagal mengubah tamaddun melayu kerna mereka menjalani kehidupan serta berpakaian mengikuti tamaddun mereka sendiri.Agenda atau cara perang sabil kini mereka gunakan dalam mencemarkan tamaddun melayu dimana mereka kelihatannya seperti kita dalam menjalani kehidupan dari segi berbahasa,berpakaian dll walhal itulah pengorbanan perjuangan mereka dari zaman berzaman untuk melemahkan dan menguasai sesuatu bangsa,inilah yang di lalui oleh generasi kini dan kita sekarang perlu mendaulatkan warisan pusaka melayu dari dikhianati.

Wednesday, May 26, 2010

Apa akan jadi pada anak bangsa melayuku di bumi sendiri


Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura
May 24, 10 5:28pm
Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara. Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura. Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia.


Laporan Bernama

Sunday, April 25, 2010

Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bangsa Malaysia BUKAN Bangsa Melayu


Salam,

Jika benar kita anak malaysia.....lakukan sejajar dgn kemahuan malaysia....semua yg ada di sini adalah anak malaysia tiada lagi melayu,cina,india dll juga tiada lagi bahasa cina,india dll yg terdengar dek telinga ini cuma berbahasa lain bila berjumpa dgn org luar...arab ke,english ke kita daulat kan malaysia ini bukan atas nama politik,kuasa dll tiada lagi parti cina,india

tiada lagi sek cina,tamil

tiada lagi perkara berunsur kaum........

budaya malaysia ambil contoh thailand...tiada sek melayu,cina dll dan hanya satu je...thai begitu, juga di Indonesia...

tiada lagi tarian naga

tiada lagi tarian gendang tabla

yang ada tarian malaysia
malas nak tulis isi hati yg punah dek khianat bangsa sendiri jadilah kita melukut di bumi sendiri... kenapa?

kita melayu telah dijajah oleh kuasa juga konkongan bangsa asing yg menetap di sini yg di bawa penjajah utk merelisasikan demokrasi agenda barat.., di bawa bangsa cina atau india sebab mrk tahu demokrasi cara barat tidak boleh terlaksana kerna penghujungnya melayu dan islam itu bersatu.

Sebab apa saya kata kita dijajah?

bukan kah kita org melayu asyik bercakap dan berusaha untuk mempertahankan/mengambil kembali milik melayu...jika kita tidak dijajah kita akan kata itu hak kita ,itu yg berdaulat.... itulah hakikatnya...


kita terus di buai dgn falsafah barat melalui ulama ciptaan dajjal...

Saturday, January 30, 2010

HAH!!!!!APA NI?BENARKAH?MANA PERGINYA ANAK MELAYU...?AKU NAK TANYA PADA SIAPA HERO YANG BERBAJU LEBIH KUNING DARI YG LAIN TU...?


Dari atas berpindah ke bawah....apa nak di ceritakan lagi?.
..pejuang pusaka melayu pasti merana dan meruntun hatinya.
aku bagaimana...?...TERCUNGAP CUNGAP hendak bernafas...benarlah
sejarah berulang.
Jika songkok ini bertukar menjadi tengkolok kuning,jika di benarkan begitu
APA NAK DIKATA,TAK PERLU KATA LAGI DAH....ssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
ikut nasfu lesu,ikut rasa binasa,ikut hati mati....ikut akal terakal,.......patutlah jadi lagu ni(loghat utara)..depa yang nak begitu.

Melayu hilang Jati dirinya......di mana aslinya perisai diri org melayu?


Gambar di atas ini boleh di gambarkan dengan pel bagai soalan dan jawapan
1)Yang mana suatu pesilat melayu.....?
2)Yang mengangkat kaki kah kerna berpakaian seperti seorg pencak?
3)Yang menangkis kah kerna santun gayanya seperti tari pencak?
Begitulah umat melayu dalam mengharungi sisa-sisa budaya yang dianggap penampan perpecahan umat melayu seperti di laung-laungkan sesetengah persatuan budaya terutamanya silat yang membawa langkah hulubalang tapi kini hanya tinggal balang....,hulunya telah dicabut atau di pegang oleh mereka yang mengaku telah menjadi melayu...
silat itu budaya pusaka melayu pun telah di jajah oleh mereka yang asal usulnya di bawa oleh penjajah untuk bekerja buruh sebagai suatu alasan agar matlamat pecah dan perintah tercapai..,
begitulah halus penjajah melahirkan agen2 mrk hingga melayu pun tak terasa ianya suatu penjajahan budaya...melayu mudah lupa itulah syair yang di dendangkan oleh PM kita Dr M.
SEBAGAI SUATU RENUNGAN,bOLEH KAH AKU CADANGKAN KEPADA PERSATUAN ATAU NGO YANG BERTERASKAN BUDAYA ASLI MELAYU INI MEMPUNYAI PERLEMBAGAAN SEPERTI PERLANTIKAN MB DI NEGERI2 YANG BERAJA DIMANA HANYA MELAYU ISLAM SAJA YANG BOLEH MENJADI PEMIMPIN.
KATA2 INI ADALAH TIMBUL DARI LUAHAN BLOG DI BAWAH

KEMELUT UMAT MUHAMAD S.A.W......RUJUKAN YANG HAK DIMANA?


Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal..” Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab:
“Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah S.W.T dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.
Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!
Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 akan ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengkhabarkan tarikh sebenar bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya.. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?
Wallahualam.. copy dari http://www.omaq.org/v3/tag/hadis-palsu-hadith-yahudi-jew/