Wednesday, July 7, 2010

http://belantan.blogspot.com/2010/07/sedarlah-wahai-bangsa-ku-melayu-politik.html


Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat. Orang Cina pun terkenal dengan sikap 'secretive' dan 'subtle'nya. Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok. Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal, ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical. Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tips and trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang menggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk.Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.
Masyarakat Cina wujud di Indonesia, Thai, Vietnam, Pacific Islands, USA, UK, Canada dan Australia dan tingkah laku mereka berbeza beza bergantung kepada polisi negara tuan rumah terhadap mereka. Kekuatan tuan rumah bergantung rapat dengan aktivisme masyarakat Cina dalam politik, ekonomi dan social. Sifat ke Cinaan yang tinggi sentiasa di kekalkan dalam bentuk budaya, demographic dan pertuturan.Kebuluran dan kemiskinan di zaman penjajahan telah membawa orang Cina ke TANAH Melayu dan Indonesia sebagai buruh murahan kepada penjajahan Inggeris.Pengalaman berniaga di kampung asal telah menyebabkan masyarakat Cina cepat menguasai bandar dan segala urusan tranksasi ekonomi TANAH Melayu dan Indonesia. Walau pun orang Melayu sudah pun berniaga di bandar besar namun mereka hanya tertumpu di pasar dan gerai kecil. Masyarakat Cina mula membina deretan kedai papan dan batu sebagai premis perniagaan apabila mereka sudah dapat mengumpul modal yang cukup. Pertukaran idea perniagaan di antara keluarga dari tanah Cina hingga ke luar negara yang lebih maju telah menyebabkan masyarakat Cina lebih mahir dengan mengexploit dan memonopoli peluang perniagaan yang wujud di Singapura, Penang, Ipoh dan bandar lain. Kehadiran bank saudagar turut membantu masyarakat Cina dari segi pengaliran modal. Sistem perkapalan dan forwarding di wujudkan untuk mengerakkan barang dari TANAH Melayu ke Singapura dan di edar keseluruh dunia. Singapura menjadi hub perniagaan orang Cina.
Kepesatan monopoli perniagaaan di TANAH Melayu telah menyebabkan timbul perasaan 'a sense of power' di kalangan masyarakat Cina sehingga kaum Melayu di anggap sebagai malas, bodoh, tidak kreatif dan hanya menjadi pelanggan yang boleh di manipulasi. Psychology ini begitu tebal sehingga ia diwarisi secara indirect dari generasi ke generasi. Sikap orang Melayu me'YA'kan persepsi ini menyulitkan lagi keadaan sehingga pemimpin Melayu sendiri terpengaruh dengan persepsi nagative ini sehingga sekarang. Kadang-kadang orang Melayu tidak boleh keluar dari psychic kerana sikap pemimpin Melayu yang menerima apa yang di persepsikan oleh orang Cina terhadap orang Melayu.Orang Cina mula bertambah yakin dan mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan Cina. Semua in telah memberi satu 'sense of autonomy' dan 'power'untuk mempengaruhi kuasa politik yang ada samaada di tangan penjajah atau di tangan kepimpinan Melayu. Sampai sekarang kongsi gelap wujud tetapi ia lebih sophisticated. Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masaalah monopoli orang Cina di selesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan. Dari sinilah bermula politik 'pressure group' Cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menghadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Di bawah Jepun orang Cina di layan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis. Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun di patahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis. Sikap menentang kerajaan memerintah oleh parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina, bukan dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan Cina, penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat didalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana.Persoalannya timbul, mengapa orang Cina di Indonesia boleh di asimilisasi atau di integrasiakan dalam masyarakat Melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya, ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa di beri syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan. Yang keduanya ialah 'sense of power'. DiIndonesia, 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina Indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan. Sikap Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia, di zaman awal penghijrahan orang Cina, dilayan semacam hamba. Sikap 'White Power' telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah kenegara lain. Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula 'daring' dan 'adventurous'. Desakan dari DAP, MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih. Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina seperti kapal selam di laut. Kadang-kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan engin lawan dan kadang-kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka.Namun masyarakat Melayu bukannya statik dan mereka juga 'evolve politically' dan 'economically' dengan secara agressive. Sekarang sudah timbul ketidakpuasan yang tinggi terhadap kepimpinan Melayu yang ada tetapi orang Melayu lebih berhati hati membuat perubahan kerana takut perubahan akan membawa satu akibat yang lebih mudharat kepada kuasa politik mereka. Yang ketara nya, kebangkitan Islam dan ummat di seluruh dunia ekoran penjajahan Barat kali kedua terhadap dunia Islam telah memberi mereka 'wake up call' untukmengetahui kawan dan lawan dan untuk berdikari dalam menentukan nasib mereka di bumi mereka sendiri. Sebarang percaturan foolish dan bodoh dari masyarakat Cina Malaysia akan membawa natijah buruk kepada Malaysia dan semua tidak mahukan nya.
Satu perjuangan
Sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina.Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan Melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India. Bukan bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. Inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengaruh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.
Suara PolitikTaminsari

Monday, June 28, 2010

KEM TENTERA SUNGAI BESI AKAN DI PINDAH!!!???













http://malaysiakini.com/news/134654
Gadai pangkalan TUDM bahayakan negara
KUALA LUMPUR, 16 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, rancangan untuk menggadaikan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi kononnya untuk tujuan pembangunan membahayakan negara kerana ia bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh.
"Tindakan itu akan menyebabkan negara akan kehilangan sebuah pangkalan pertahanan di tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada pertahanan nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh (Hanruh).
"Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di kebanyakan negara maju," katanya.
Apa yang di kata oleh Mahfuz ada kebenarannya tapi beliau masih berlapik berkata untuk menjaga kepentingan pakatan politik mereka.
Isu sebenar yang tidak mampu di ucap oleh mahfuz:
siapa dalang di sebalik cadangan ini?
kepada siapa projek ini hendak di serahkan?
kroni siapa yang akan mengaut untung akan isu ini?
siapa yang akan rugi?
siapa yang akan terhapus milik?
Adakah itu persoalannya?? bukan keutamaan....
Keutamaannya...apa!!!!!?
Kenapa isu ini tidak di ucapkan oleh wakil DAP lim kit siang atau wakil PKR atau wakil MIC????
sebabnya PAS keseorangan dalam isu sebegini ,walau pun PAS berjuang atas nama Islam tapi melayu itu sudah sinonim dengan islam.
Yang mahfuz tak boleh kata ialah orang melayu akan kehilangan lagi bila atas nama pembangunan atau kerahsiaan kem sungai besi perlu di pindah ke pinggir hutan/bandar.
Yang mahfuz nak kata ialah "atas alasan apa pun kem sungai besi ,wajar tidak boleh di sentuh...tanah melayu akan hilang lagi"
sebab apa!!!???
Secara strategi ketenteraannya tentera perlu mempertahankan ibu negara dalam apa cara sekalipun supaya tidak di istiharkan bahawa negara ini telah di tawan atau di jajah walau pun di sekeliling ibu negara telah jatuh ke pihak musuh.
Yang mahfuz nak kata sekiranya kem sungai besi di pindah keluar lembah kelang "maka nya malaysia telah di tawan atau di jajah tanpa melalui peperangan tapi melayu tewas dan di tawan dengan hanya di sogok melalui pembangunan ..............".
Orang melayu,wakil rakyat,ahli parlimen,JKKK,MKN,polis,tentera perlu sedar dan peka pada setiap yang di catur,dicadang,dirancang pada negara yang pernah dipanggil tanah melayu ini akan ada usaha-usaha dari unsur asing yang bersekongkol dengan RAKYAT 1 Malaysia untuk meminggirkan,menyisihkan atau menawan(memiliki)Malaysia tanpa di sedari oleh kerajaan pemerintah.
AGENDA MEREKA SAMA SAJA......
1)memindahkan Universiti Malaya ke pinggir hutan
2)Sekiranya KTMB diswastakan dan kuasa pemilikan bertukar pasti KTMB tak di tukar tapi
bila di sebut akan berbunyi keretapi tanah malaysia berhad
secara ringkasnya mereka perlu menghapus jejak melayu itu
Agen-agen mereka terdiri dari rakyat 1Malaysia yang di bawa penjajah dari Tanah Cina dan Tanah India untuk meminggirkan orang melayu/menawan malaysia tanpa menitiskan darah,jika ada darah yang tertumpah maka penjajah akan datang membantu mereka.
Inilah yang tidak boleh di kata oleh ahli politik melayu yang berada dalam BN atau Pakatan Rakyat.
PERSOALANNYA??????BAGAIMANA MELAYU DI GENERASI KINI...??????

Pekuburan 1 Malaysia






jika semangat 1 Malaysia ini kita terjemah dalam banyak perkara juga hal...............
Apa kata jika semua anak malaysia jika mati di kuburkan di satu kawasan sahaja samada untuk orang melayu,orang cina atau orang india ...!!!!????
jika org cina mesti kawasan tinggi(bukit)
jika orang india di pinggir bukit
jika org melayu di pinggir kampung/sungai/belakang masjid
Orang cina...ada bukit je akan di lobi atas alasan ini.
Orang melayu akan terus menanti tanah wakaf untuk memenuhi alasan ini
Orang india akan menuntut juga atas nama kesaksamaan
Akhirnya milik orang-orang melayu perlu di bahagi-bahagikan mengikut keperluan ini.Orang cina dapat bukit-bukit,orang india dapat di mana yang diminta,orang melayu jika tidak ada wakaf akan merayu kepada kerajaan.
Sebenarnya milik orang melayu akan hilang sedikit demi sedikit kerna setiap hari setiap waktu tanah-tanah orang melayu bertukar tangan dan nama kepada bangsa lain.
Konsep yang mudah jika nak di kaji.....1OO% tanah ini milik KITA sebelum kedatangan penjajah yang membawa bangsa cina,india atas suatu tujuan iaitu pecah dan perintah.....hasilnya adalah di depan mata...tersungkur melayu di bumi sendiri.
KITA tak perlu berbangga atas dasar apapun yang di buat oleh pemerintah hakikatnya melayu telah kehilangan dan terus tersisih,terpinggir....secara halusnya kita di takluki.

Monday, May 31, 2010

AKAN HILANG LAGIKAH MILIK MELAYU....????

Mengapakah kerajaaan tidak membantu memelihara hak tanah milik ini?
Apakah dengan nama pembangunan atau nilai yang tinggi milik melayu ini perlu tergadai ?
Kenapa mereka mempamerkan kuasa wang di depan mata bagaikan melayu ini tidak punya harga diri?seolahnya melayu mudah dipujuk dengan wang......
Mengapa kerajaan yang di kuasai oleh UMNO tidak mahu mengunakan kuasa politik yang ada untuk mengunakan dana kerajaan membangunkan Kg Baru tanpa perlu memberi walau 0.0001% kepada bangsa lain???
Sepatutnya Kg Baru boleh menjadi tumpuan org-org melayu di masa mendatang sebagai tempat yang perlu dikunjungi memandangkan tiada tempat lagi di lembah kelang ini terutamanya di KL yang 100% adalah milik orang melayu.....Tidakkah kerajaan tidak peka pada situasi ini atau mereka turut terlibat dengan agen-agen asing untuk menghapuskan hak milik orang melayu di Kuala Lumpur.Situasi ini sama seperti isu cadangan pemindahan Universiti Malaya keluar dari Kuala Lumpur atas nama pembangunan juga...siapakah dalang ini sama dengan isu kampung baru??
Sebagai pemimpin yang di pilih oleh melayu sepatutnya mereka ini bukan saja mempertahankan milik melayu tapi mendaulatkannya...
Setiap negeri sekarang ini telah ada cina town,india town sepatutnya kerajaan jadikan kampung baru sebagai warisan bandar melayu..kekal tanpa perlu risau generasi akan datang akan mengadaikan atas apa sebab pun...
Sedarlah...asalnya tanah ini milik melayu,sikit demi sikit akan terlepas kpd bangsa asing ,bukalah mata pemimpin melayu kerna setiap hari Tanah Melayu ini inci demi inci luasnya bertukar tangan kpd bangsa asing.
Makanya jaga lah amanah nenek moyang melayu yang telah di persiakan oleh pemimpin terdahulu juga kini.Jika amanah ini kita ingkar maka kita adalah pengkhianat kepada bangsa melayu ini.


Nisbah 60:40 pembangunan Kg. Baru belum muktamad
31/05/2010 4:07pm

KUALA LUMPUR 31 Mei - Cadangan membangunkan hartanah di Kampung Baru berdasarkan nisbah 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera belum muktamad selagi tidak mendapat persetujuan daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Kerajaan akan mendengar serta menerima maklum balas daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan sebelum mengambil sebarang keputusan.
"Pemilik tanah Kampung Baru tidak perlu risau. Apa yang kami bentangkan pada Sabtu lalu adalah baru permulaan untuk mendapatkan persetujuan dan maklum balas daripada pemilik sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sabtu lalu, satu majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi membincangkan pembangunan di kawasan berkenaan.
Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu 40 hektar, yang merupakan antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia.
Raja Nong Chik berkata, kerajaan memberi jaminan kepentingan dan hak orang Melayu tetap dijaga dan diberi keutamaan walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.
"Nisbah yang dicadangkan itu bertujuan memaksimumkan nilai hartanah di Kampung Baru khususnya apabila syarikat korporat bukan Melayu dan syarikat asing turut sama-sama melabur dalam pembangunan yang kita rancang.
"Ini sekaligus akan memberikan pulangan lebih tinggi kepada pemilik tanah Kampung Baru yang sama-sama turut melabur dalam pembangunan ini," katanya.
Raja Nong Chik berkata sebarang pendapat, maklum balas serta pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88891411 atau e-mel kepadanya di rnc@kwp.gov.my. - Bernama

Friday, May 28, 2010

Dimana maruah Melayu kini?????????????








Salam buat pembaca terutamanya generasi melayu di negara yang di tukar panggil sebagai Malaysia,

Gambar pertama itu tertera nama persatuan seni cekak malaysia yang di ambil dari Blog http://silatcekakpsas.blogspot.com/

Gambar kedua dan ketiga adalah Shah Rukh Khan dari benua India serta gambar ke empat itulah hakikat diri Shah Rukh Khan.

Apakah yang ada di pemikiran orang melayu kini?bagaikan hilang pertimbangan dan cetek akal dalam memahami erti suatu pusaka bangsa yang perlu di warisi dari zaman berzaman.Inilah kata-kata yang terucap bila melihat banner dari suatu persatuan yang diketahui ramai adalah suatu persatuan budaya melayu yang mengembangkan silat sebagai jentera untuk mengekalkan erti jati diri orang melayu (rujuk http://www.silatcekak.org.my/).adalah Silat adalah sesuatu yang sinonim dengan org melayu sejajar dengan perkataan pendekar,hulubalang yang mengambarkan sesuatu bangsa.

Sekiranya silat itu adalah warisan bangsa melayu makanya orang melayu itu punya hak untuk memelihara pusaka bangsa ini walaupun mereka bukan ahli sesuatu persatuan agar nilai tamaddun melayu itu tidak hilang atau tercemar sepertimana PSSCM dimana AJK mereka telah memilih seorang yang bukan melayu untuk memimpin sebuah persatuan budaya yang berteraskan silat sebagai penggerak seni kebudayaan mereka.Perkara ini harap di teliti oleh orang-orang melayu dan boleh merujuk http://sapahabaq.blogspot.com/ sebagai panduan dari kemelut PSSCM kini.
Gambar Shah Rukh Khan yang dipaparkan sekadar membuka minda orang-orang melayu bahawa perbezaan antara mereka hanyalah di segi kerakyatan saja tapi mereka berdua berasal dari benua India.Mereka berdua boleh dipakaikan dengan apa saja pakaian melayu tapi jiwa dan darah mereka berdua tetap mengalir tamaddun India...itulah hakikatnya.
Makanya sesuatu yang wajar perlu dilakukan oleh orang-orang melayu agar pengkhianatan terhadap pusaka bangsa melayu boleh di cegah dari diambil kesempatan dari individu-individu yang bertopengkan agama,ketokohan,kedudukan atau apa saja alasannya untuk mengunakan seni kebudayaan melayu sebagai landasan memecah belahkan orang melayu.
Hilang budaya,Hilang lah suatu tamaddun bangsa.....perkara ini yang sepatutnya orang melayu fikirkan kerna teras tembok suatu bangsa adalah budayanya dimana setiap rumpun atau benua ada bahasa dan budaya nya sendiri.Manakah mungkin mereka dari benua lain(India,Cina,Afrika,Eropah,US,Arab) boleh memimpin salahsatu cabang seni kebudayaan Melayu kerna mereka tidak ada jiwa tamaddun itu walaupun mereka berada dalam rumpun melayu.
Orang-orang melayu harus belajar dari sejarah agar sesuatu yang telah terlepas(tanah,negeri,pulau,hakikat kuasa politik dll) tidak akan berlaku keatas seni kebudayaan pusaka melayu.Penjajah atau mubaligh tidak dapat mengkafirkan umat melayu kerna mereka tidak dapat mengubah tamaddun melayu(itu sebab Raja/Sultan masih ketua dari segi Agama dan Adat Melayu).Penjajah atau mubaligh gagal mengubah tamaddun melayu kerna mereka menjalani kehidupan serta berpakaian mengikuti tamaddun mereka sendiri.Agenda atau cara perang sabil kini mereka gunakan dalam mencemarkan tamaddun melayu dimana mereka kelihatannya seperti kita dalam menjalani kehidupan dari segi berbahasa,berpakaian dll walhal itulah pengorbanan perjuangan mereka dari zaman berzaman untuk melemahkan dan menguasai sesuatu bangsa,inilah yang di lalui oleh generasi kini dan kita sekarang perlu mendaulatkan warisan pusaka melayu dari dikhianati.