Monday, December 7, 2009

Milik melayu tergadai lagi............

Dari kacamata perlembagaan


Dalam amatan mata kasar di penghujung tahun 2009 ini terlalu banyak perkara telah menimpa bangsa melayuku tanpa mereka sedar makna "hak keistimewaan orang melayu" hanya tertulis diatas kertas atau sekeping warkah usang wasiat Raja-Raja (bermaksud: pemimpin yang bertukar silih berganti sejak kemerdekaan yang dicipta oleh penjajah tidak mengambil intipati wasiat ini utnuk menjaga kepentingan serta orang melayu..) akhirnya melayu dibangunkan serta terwujudnya mereka ,hanya berkepentingan untuk mempertahankan kuasa pemerintah dan kuasa pembangkang.Sebenarnya orang melayu telah dirancang sebegitu agar mereka lupa akan jati diri mereka.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan
tandatangan persetujuan pembentukan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Posted by ponpakya at 2:01 AM 0 comments




Dari kacamata Rasullulah
"....................akan lahir pemimpin dari samudera pasai ini..............."(bacalah dari buku yang berkaitan)

continue.......

No comments: