Wednesday, November 17, 2010
Wednesday, July 7, 2010
http://belantan.blogspot.com/2010/07/sedarlah-wahai-bangsa-ku-melayu-politik.html
Monday, June 28, 2010
KEM TENTERA SUNGAI BESI AKAN DI PINDAH!!!???
http://malaysiakini.com/news/134654
Gadai pangkalan TUDM bahayakan negara
KUALA LUMPUR, 16 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, rancangan untuk menggadaikan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi kononnya untuk tujuan pembangunan membahayakan negara kerana ia bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh.
"Tindakan itu akan menyebabkan negara akan kehilangan sebuah pangkalan pertahanan di tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada pertahanan nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh (Hanruh).
"Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di kebanyakan negara maju," katanya.
2)Sekiranya KTMB diswastakan dan kuasa pemilikan bertukar pasti KTMB tak di tukar tapi
Pekuburan 1 Malaysia
Monday, May 31, 2010
AKAN HILANG LAGIKAH MILIK MELAYU....????
Apakah dengan nama pembangunan atau nilai yang tinggi milik melayu ini perlu tergadai ?
Kenapa mereka mempamerkan kuasa wang di depan mata bagaikan melayu ini tidak punya harga diri?seolahnya melayu mudah dipujuk dengan wang......
Mengapa kerajaan yang di kuasai oleh UMNO tidak mahu mengunakan kuasa politik yang ada untuk mengunakan dana kerajaan membangunkan Kg Baru tanpa perlu memberi walau 0.0001% kepada bangsa lain???
Sepatutnya Kg Baru boleh menjadi tumpuan org-org melayu di masa mendatang sebagai tempat yang perlu dikunjungi memandangkan tiada tempat lagi di lembah kelang ini terutamanya di KL yang 100% adalah milik orang melayu.....Tidakkah kerajaan tidak peka pada situasi ini atau mereka turut terlibat dengan agen-agen asing untuk menghapuskan hak milik orang melayu di Kuala Lumpur.Situasi ini sama seperti isu cadangan pemindahan Universiti Malaya keluar dari Kuala Lumpur atas nama pembangunan juga...siapakah dalang ini sama dengan isu kampung baru??
Sebagai pemimpin yang di pilih oleh melayu sepatutnya mereka ini bukan saja mempertahankan milik melayu tapi mendaulatkannya...
Setiap negeri sekarang ini telah ada cina town,india town sepatutnya kerajaan jadikan kampung baru sebagai warisan bandar melayu..kekal tanpa perlu risau generasi akan datang akan mengadaikan atas apa sebab pun...
Sedarlah...asalnya tanah ini milik melayu,sikit demi sikit akan terlepas kpd bangsa asing ,bukalah mata pemimpin melayu kerna setiap hari Tanah Melayu ini inci demi inci luasnya bertukar tangan kpd bangsa asing.
Makanya jaga lah amanah nenek moyang melayu yang telah di persiakan oleh pemimpin terdahulu juga kini.Jika amanah ini kita ingkar maka kita adalah pengkhianat kepada bangsa melayu ini.
Nisbah 60:40 pembangunan Kg. Baru belum muktamad
31/05/2010 4:07pm
KUALA LUMPUR 31 Mei - Cadangan membangunkan hartanah di Kampung Baru berdasarkan nisbah 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera belum muktamad selagi tidak mendapat persetujuan daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Kerajaan akan mendengar serta menerima maklum balas daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan sebelum mengambil sebarang keputusan.
"Pemilik tanah Kampung Baru tidak perlu risau. Apa yang kami bentangkan pada Sabtu lalu adalah baru permulaan untuk mendapatkan persetujuan dan maklum balas daripada pemilik sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sabtu lalu, satu majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi membincangkan pembangunan di kawasan berkenaan.
Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu 40 hektar, yang merupakan antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia.
Raja Nong Chik berkata, kerajaan memberi jaminan kepentingan dan hak orang Melayu tetap dijaga dan diberi keutamaan walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.
"Nisbah yang dicadangkan itu bertujuan memaksimumkan nilai hartanah di Kampung Baru khususnya apabila syarikat korporat bukan Melayu dan syarikat asing turut sama-sama melabur dalam pembangunan yang kita rancang.
"Ini sekaligus akan memberikan pulangan lebih tinggi kepada pemilik tanah Kampung Baru yang sama-sama turut melabur dalam pembangunan ini," katanya.
Raja Nong Chik berkata sebarang pendapat, maklum balas serta pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88891411 atau e-mel kepadanya di rnc@kwp.gov.my. - Bernama
Friday, May 28, 2010
Dimana maruah Melayu kini?????????????
Salam buat pembaca terutamanya generasi melayu di negara yang di tukar panggil sebagai Malaysia,
Gambar pertama itu tertera nama persatuan seni cekak malaysia yang di ambil dari Blog http://silatcekakpsas.blogspot.com/
Gambar kedua dan ketiga adalah Shah Rukh Khan dari benua India serta gambar ke empat itulah hakikat diri Shah Rukh Khan.
Apakah yang ada di pemikiran orang melayu kini?bagaikan hilang pertimbangan dan cetek akal dalam memahami erti suatu pusaka bangsa yang perlu di warisi dari zaman berzaman.Inilah kata-kata yang terucap bila melihat banner dari suatu persatuan yang diketahui ramai adalah suatu persatuan budaya melayu yang mengembangkan silat sebagai jentera untuk mengekalkan erti jati diri orang melayu (rujuk http://www.silatcekak.org.my/).adalah Silat adalah sesuatu yang sinonim dengan org melayu sejajar dengan perkataan pendekar,hulubalang yang mengambarkan sesuatu bangsa.
Makanya sesuatu yang wajar perlu dilakukan oleh orang-orang melayu agar pengkhianatan terhadap pusaka bangsa melayu boleh di cegah dari diambil kesempatan dari individu-individu yang bertopengkan agama,ketokohan,kedudukan atau apa saja alasannya untuk mengunakan seni kebudayaan melayu sebagai landasan memecah belahkan orang melayu.
Wednesday, May 26, 2010
Apa akan jadi pada anak bangsa melayuku di bumi sendiri
Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura
May 24, 10 5:28pm
Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara. Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura. Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia.
Laporan Bernama
Sunday, April 25, 2010
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bangsa Malaysia BUKAN Bangsa Melayu
malas nak tulis isi hati yg punah dek khianat bangsa sendiri jadilah kita melukut di bumi sendiri... kenapa?
Saturday, January 30, 2010
HAH!!!!!APA NI?BENARKAH?MANA PERGINYA ANAK MELAYU...?AKU NAK TANYA PADA SIAPA HERO YANG BERBAJU LEBIH KUNING DARI YG LAIN TU...?
Melayu hilang Jati dirinya......di mana aslinya perisai diri org melayu?
KEMELUT UMAT MUHAMAD S.A.W......RUJUKAN YANG HAK DIMANA?
“Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah S.W.T dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.
Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!
Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 akan ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengkhabarkan tarikh sebenar bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya.. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?
Wallahualam.. copy dari http://www.omaq.org/v3/tag/hadis-palsu-hadith-yahudi-jew/
APA LAGI YANG ADA PADA BANGSA INI......?
Jiran; SUDAH LAMA KAMI MENANTI ORG ISLAM BERKATA SPT ITU…BUKANNYA MUDAH,BRATUS THUN KAMI USAHAKAN…….SEMAKIN RMAI ORG ISLAM MEMAKAI JUBAH KAMI, SEMAKIN BANYAKLAH TERLUCUTNYA JUBAH MUHAMAD.
m u s l i m d a i r y z . c o m: KONSPIRASI DUNIA II
Thursday, January 21, 2010
Pengkhianatan pengikut keatas pemimpin mereka
Begitulah orang melayu setelah hati mereka telah di pak tamkan atau di baratkan atau di sepetkan oleh juak-juak yang berperanan sebagai pengkhianat kepada bangsa mereka sendiri.......Penjajahan Negara,ekonomi,tanah,air,budaya berterusan di bumi yang bertuah ini.
Apa agaknya yang difikirkan oleh ahli ahli persatuan ini bila mendaulatkan jubah sebagai suatu yang tertinggi dalam majlis mereka? sedangkan mereka bergerak atas nama silat,hulubalang atau panglima....mungkin dalm jubah itu sudah guna pedang dan bukannya keris.