Thursday, September 25, 2008

Kekangan ahli-ahli politik



Perjalanan manusia yang mewarisi amanah untuk kesejahteraan alam ini,kelihatan sukar di pandangan mata org awam.Hakikat nya tiada masaalah buat mereka orang orang yang berjiwa dan hidup kerna Nya.Mereka tetap kekal dalam janji penciptaNya.

Keresahan,kegelisahan ahli - ahli politik tanahair dalam merencana agenda yang tidak dapat diterjemahkan kepada rakyat atau kehendak peribadi mereka, ditakuti ahli ahli politik ini hilang pertimbangan atau mudah di pengaruhi anasir-anasir anti Islam yang sememangnya menanti sekian lama untuk meneguk di air keruh di kesempatan yang ada ini.Janganlah mereka yang berpolitik mengulangi kesilapan pemimpin-pemimpin lalu,sanggup mengadai atau menyerahkan milik anak bangsa melayu mukmin hanya untuk mengapai cita-cita peribadi sekadar menuruti usia yang tak lama di bumi ini.....atau pun mereka sanggup berbuat apa saja demi janji pada rangkaian yang menguasai mereka selama ini...bagi ku ahli ahli politik tanahair ini adalah pewaris kepada sistem yang dilahirkan penjajah samada parti perkauman atau tidak ,parti Islam atau tidak..mereka pendokong kepada sistem yang diwaris oleh penjajah atas nama kemerdekaan.Pada pengamatan mata ini erti kemerdekaan yang di laungkan ,sebenarnya melambangkan rumpun bangsa ini telah dicorakan mengikut kehendak agenda perang sabil mereka .Rumpun melayu dalam genggaman mereka....berkiblat kesana walau siapa pun yang berkuasa..........................................................................................

Friday, July 18, 2008

Pakatan menghancurkan Islam.







Ini adalah suatu ritual penaklukan dunia kini supaya berada di dalam kekuasaan mereka. Jika suatu masa dulu aku pernah terpandang sebuah masjid tidak tahu dimana lokasinya...indah,ada tiangnya,ada kubahnya dan ada anak bulannya tapi tiada pula bintangnya....mengapa?kenapa? dan sebabnya? juga melihat dokumentari melalui channel discovery mengenai kisah balkan,bumi rusia atau pun di laluan sutera di negeri yang hujung ada perkataan "tan" masjid yang lama sekitar 700 masihi atau sebelum itu kebanyakan tiada bintang yang ada cuma anak bulan sebagai simbol tempat muslim beribadah.
Mungkinkah bintang ini adalah suatu simbol bahawa tanah Islam itu telah di jajah oleh pakatan jew,kumpulan saint,tentera templer kerana rata-rata negeri islam yang merdeka dari penjajahan mepunyai simbol bulan dan bintang.????
Amat malang dan terhinanya Islam jika bintang itu suatu simbol waris pemerintah yang di merdekakan itu adalah mengikut,mengamalkan,mengekalkan atau sebagai suatu pemegang amanah apa yang di tinggalkan olek penjajah tanah Islam ini....Lihatlah bendera negara-negara islam kini berbintang serta bulan atau berbintang saja.....bintang di langit sebenarnya tidak bersegi tapi berdebu dan kitab tua sekadar mengatakan ianya cahaya
fikirkan lah..................... kita terus himpit dan di cengkam ...akhirnya berselindung disebalik kekuasaanNYA







Thursday, July 10, 2008

Berputih mata generasi ku


Tersergam indah Pedra-Branca ini bagaikan tiang seri bagi mereka yang memiliki,duduk mencangkung merenung diri bagai orang kalah judi..mereka memperjudikan batu ini....aku terfikir sendiri,kenapa batu kecil ini yang dirisaukan?adakah pulau temasek itu milik Johor atau milik Malaysia?Jika pulau itu masih di miliki tiada isu begini...Apakah patut pemimpin yang membenarkan singapura menjadi negara republik harus dipersoalkan atau di adili atas nama pengkhianatan terhadap Agong.??Hukuman sama seperti Datuk maharajalela,Tok Janggut atau tapi mereka ini pejuang sejati yang dipinggirkan. Teringat aku kepada satu lagu yang bertajuk "warisan" ketika mengikuti kursus BTN 19 tahun yang lalu.....
"...anak kecil main api,
terbakar hatinya yang sepi,
air mata darah bercampur keringat,
bumi di pijak milik orang,
nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
akibat sengketa sesama lah kita,
pribumi merintih sendiri...."
Jika ada yang mengetahui lagu ini boleh tulis pada komen,saya telah lupa liriknya..

Tuesday, July 8, 2008

Betapa dungu nya penguasa



Anak -anak johor lihat peta diatas ini,kedudukan batu itu sudah menceritakan siapa pemilik sebenarnya .Mereka sedar ICJ itu siapa pentadbir nya hakikat nya ICJ adalah"Israel control Jew" or Israel comitee of Jews" memang kita tak akan menang.Sepatutnya Malaysia negara berdaulat perlu mempertahankan batu itu atas nama kedaulatan tanah air dengan apa cara sekalipun hatta perlu menghantar pewira mengambil balik milik kita.Atas nama kejiranan kita mempertaruhkan nasib kita di tangan Yahudi...hasilnya pasti memihak kepada kuda tunggangan mereka....kita terlopong dan berkata win win situation...kepala hotak berjambul mereka yang berkata demikian.Kita hilang dan dayus tanpa usaha yang hakiki itulah sikap pemimpin yang ada kini "Tidak beramanah pada Rasul Nya"...Rasul berkata" mempertahankan hak dan jika mati kernanya adalah syahid......"pemimpin kita sudah tidak percaya pada Rasul makanya tidak beriman,bermaksud tanahair ini di perintah oleh pemimpin yang menolak Muhammad sebagai Nabi akhir zaman....senang kata pemimpin kita sekadar bertopeng wajah dengan pakaian,songkok,samping,teluk belanga dan berkata "akulah melay....tapi agama ku boleh diragui...."

Rintihan cucu cicit mengemis di bumi sendiri..

Monday, July 7, 2008

Surat yang di Tulis oleh Tali Barut Penjajah


Ini lah surat yang mengakibatkan berputih mata rakyat Johor di rampasnya Pulau Batu Putih secara terhormat oleh Singapura hanya sekeping kertas ini...Persoalannya,surat ini merujuk kepada suatu perkara yang telah dihantar kepada Kerajaan negeri Johor darihal pulau tersebut ,jika ada pastinya butiran lengkap tarikh atau isi kandungannya yang jelas telah di hantar oleh british atau penjajah makanya setiausaha Negeri Johor sekadar mengatakan ianya tidak dituntut.......Sepatutnya SUK negeri Johor mendapatkan surat tersebut ....manalah tahu british mungkin mengatakan sekadar menduduki pulau dalam tempoh tertentu saja...
"Rintihan anak Johor yang terasa kehilangan terus
kehilangan...."
Singapura di beri kepada parti PAP oleh TAR yang memimpin Negara(selatan tanah air ku) dan utara tanah melayu juga di beri kepada Parti Budhha iaitu Thai (utara tanahair kita) makanya selatan dan utara kita di kawal oleh agen-agen Yahudi ,barat dan timur adalah perairan....kita terus dihimpit dan di cengkam dari dulu hingga kini.....Kemana anak cucu cicit melayu ini akan meneruskan kehidupan jika pemimpin dulu dan kini tidak menjaga kepentingan dan hak kita secara yang beramanah..?????...dimanakah bumi yang ingin ku pijak dan melangkah...? Anak-anak bangsa ku sedarlah dan bangkitlah hati-hati mu sekalian untuk mendengar bisikan yang telah diseru oleh Nabi kita 1500 tahun yang lalu...."AMANAH ITU PERLU DI LAKSANAKAN ......SAAT DAN KETIKANYA DINANTI MEREKA...."

Wednesday, June 25, 2008

Freemason menjejaki....

Copy dari email themalaypress..

(update 120608: Yang meletakkan batu asas bagi pembinaan rumah api Hosbourg Light House di Pulau Batu Puteh 24 May 1850 juga adalah dari golongan Freemason! Oleh itu adakah ini bermakna penulis surat perlepasan (PeMangKuk SUK Johor) yang menjadi bukti utama ICJ dan penyebab kekalahan 'Gail Patani and the team' baru2 ini - adalah juga seorang Mason? Ini perlu siasatan lanjut. Lagi bukti Freemason bertapak di nusantara semenjak pada tahun 1786 :lagi kejutan dan fakta mengenai pengibatan freemason di malaya - dari themalaypress
http://themalaypress.blogspot.com/2008/06/kisah-tok-janggut-dan-teori-konspirasi.html


Dari Kacamata Aberdeen "bertapaknya freemason atau kesenambungan wasilah jiwa jiwa knight templer menjejaki nusantara lebih awal lagi...mereka ini berlayar dan di setiap tempat yang perlu mereka akan menempatkan 40 orang sebagai wakil kepada Raja England sebagai penyebar ,mempengaruhi ,merencana keadaan tempat baru diduduki mengikut kehendak misi dan visi agenda mereka...1511 jatuhnya kerajaan Melaka,Nusantara 13xx jatuhnya Jawa,jatuhnya Kerajaan Mindano .....

Thursday, June 12, 2008

Gendang Kompang Kg Pt Simpan Senggarang BP

Monday, April 28, 2008

Rintihan anak Melayu Johor
Petikan dari weblog http://wilayahpemba ngunaniskandar. wordpress. com/ Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura? March 26, 2008 by wilayahpembangunani skandar (Part 2) MALAYSIAPORE ?Saya terjumpa satu artikel di dalam Forbes mengenai kerjasama antara pemimpin Malaysia dan Singapura untuk mewujudkan kerjasama bagi menguruskan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Dalam pertemuan tersebut kedua-dua pemimpin negara ini telah bersetuju untuk menubuhkan Joint Ministerial Committee untuk memantau kerjasama ekonomi di WPI yang dihubungkan melalui Selat Tebrau. Kedua belah pihak telah bersetuju untuk memperkenalkan kad pintar untuk memudahkan aliran trafik dua hala antara Singapura-Malaysia. WPI adalah pembangunan di selatan Johor seluas 850 batu persegi yang seluas 3 kali ganda Singapura. WPI menjadi satu peluang pelaburan yang pasti direbut oleh rakyat Singapura kerana nilai tanah yang murah lebih kurang 1/30 dari nilai tanah di Singapura (www.offplanproperty exchange. com). Harga tanah dijangka akan melambung atas permintaan yang tinggi terutama dari rakyat Singapura bagi melengkapkan strategi pembangunan bagi melengkapkan kualiti kehidupan yang lebih baik yang tidak dapat disediakan di pulau mereka yang sempit itu. Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura? March 23, 2008 by wilayahpembangunani skandar (Part 1)Saya terpanggil untuk meneroka lebih mendalam tentang Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau Iskandar Development Region (IDR) setelah kerajaan beria-ia sangat untuk melaksanakan dalam masa terdekat ini. Bukan apa, sebagai penduduk yang akan menerima tempias pembangunan WPI, saya rasa perlu untuk mempunyai ilmu dan faham tentang apa yang bakal berlaku kerana kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas dan tepat tentang kesannya kepada rakyat terutama penduduk yang tinggal di Johor Bahru dan kawasan-kawasan sekitarnya. Dalam surat khabar cuma kata pembangunan ini akan menguntungkan penduduk setempat khususnya orang Melayu. Tapi macamana ia menguntungkan tidak jumpa pulak huraiannya. Atas dasar itu, kajian yang tidak seberapa ini mungkin dapat membuka mata ramai tentang kesan dan akibat WPI kepada penduduk khususnya diri saya. Saya akan huraikan kajian saya ini dalam bentuk soalan supaya dapat difikirkan bersama dan mudah difahami oleh orang kampung mungkin tanah mereka akan diambil dan terpaksa dipindahkan ke kawasan lain atas dasar memberi laluan kepada pembangunan di negara tercinta. Apakah Wilayah Pembangunan Iskandar? Cara termudah untuk dapatkan maklumat tentang WPI ialah melalui website WPI (www.wpi.com. my). Di dalam website ini terdapat brosur tentang WPI yang boleh didownload untuk dibaca. Cuma masalah disini maklumatnya agak terhad kerana maklumatnya ringkas dan tidak terperinci. Oleh itu saya cuba memahami serba sedikit apa yang diterangkan daripada brosur ini. Muat turun brosur WPI di sini.(sila simpan dalam komputer, takut hilang nanti)Berikut adalah petikan ucapan PM dalam brosur tersebut: Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah pelan jangka panjang kerajaan saya untuk mengubah lanskap Johor Selatan menjadi kawasan pembangunan yang premier. Apabila siap sepenuhnya pada 2025, WPI yang keluasannya tiga kali saiz Singapura akan menjadi sebuah metropolis yang serba moden, dengan tiga juta penduduk serta menawarkan taraf kehidupan antara yang terbaik di rantau ini. Pada waktu itu, WPI akan memiliki pelbagai produk pelancongan, tapak untuk seni bina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai, sektor perkhidmatan, kewangan yang berdaya maju dan sistem pengangkutan bersepadu sepenuhnya. Perancangan ke arah menjadikan wawasan itu sebagai kenyataan sudah pun bermula. Kerajaan saya juga sudah mengumumkan pelbagai insentif, termasuk potongan cukai bagi beberapa industri perkhidmatan terpilih, selain membenarkan pelabur mendapatkan sumber manusia untuk industri itu dari serata dunia. Kami juga melonggarkan syarat berhubung pemilikan asing dalam sektor terpilih. Untuk merancakkan pelaksanaan wilayah itu, kerajaan juga menubuhkan sebuah badan kawal selia bagi menjadikan urusan perniagaan dan pelaburan di WPI, satu pengalaman yang menyenangkan. Ada banyak faktor mengapa Iskandar adalah syurga untuk pelaburan. Dari segi geografinya, ia terletak di antara India dan China iaitu dua gergasi baru ekonomi yang menawarkan pasaran yang besar, kos perniagaan yang lebih murah berbanding pesaing di rantau ini, selain sistem perundangannya yang mudah. Iskandar juga dihubungkan dengan dunia luar melalui tiga pelabuhan utamanya, dua lapangan terbang antarabangsa dan rangkaian lebuh raya yang canggih serta mesra pengguna. Sejak pelancarannya akhir 2006, lebih 1,000 pelabur dari Malaysia, Singapura, Timur Tengah, China, India dan Amerika Syarikat sudah meninjau peluang di Iskandar. Malah, ramai daripada mereka menyatakan minat untuk melabur di situ. Dianugerahkan dengan hutan hujan tertua dunia, paya bakau, pulau-pulau yang indah dan pesisir pantai yang panjang, Iskandar akan menjadi model untuk pembangunan mapan dan mesra alam. Untuk itu, perancangan yang rapi dan berhati-hati telah dilakukan bagi memastikan WPI menjadi kawasan pertumbuhan paling pesat di rantau ini menjelang 2025. Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi Antara persoalan yang bermain difikiran: 1. Apa itu pembangunan premier? 2. Untuk siapa metropolis yang serba moden, senibina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai? 3. kenapa perlu dilonggarkan syarat pemilikan asing? 4. syurga pelaburan untuk siapa? 5. betulke kat JB ni ada hutan hujan tertua di dunia? Untuk lebih mudah faham dan maklumat lanjut boleh rujuk maklumat yang terdapat di dalam wikipedia disini. Kawasan manakah yang bakal terlibat dengan WPI? (sila rujuk brosur untuk lebih jelas)Ini adalah kawasan yang terlibat dengan WPI. Sekali imbas dah macam sebahagian pembesaran Singapura. Senang tak payah susah-susah gali pasir. Beli tanah dengan pemimpin-pemimpin Malaysia aje. Murah dan Mudah. Kawasan yang terlibat adalah sampai ke Majlis Perbandaran Kulai (termasuklah rumah Mawi di Felda Taib Andak. Jangan rumah Mawi pun kena ambik sudah le), Pasir Gudang dan Pontian. Kenapa sumber maklumat di dalam website hanya disediakan dalam bahasa Inggeris? Yang saya memusykilkan ialah kenapa website www.wpi.com. my, www.idr.com. my, www.irda.com. my, dan www.sjer.com. my menggunakan website yang sama sedangkan semua ini menjalankan fungsi yang berbeza. Yang keduanya kenapa semua website menerangkan tentang WPI ini dalam bahasa Inggeris sedangkan yang akan membaca dan yang paling ramai terlibat adalah dikalangan orang Melayu. Tidak bolehkah sediakan satu website dalam bahasa Melayu supaya mudah penduduk boleh baca dan faham. Juga tiada satu badan atau orang perseorangan yang datang ke balai raya atau ke ke kampung-kampung untuk terangkan tentang WPI hingga ke peringkat akar umbi. Apa salahnya menyediakan satu badan bertindak untuk menerima input penduduk setempat di kawasan terlibat. Ajak la orang Kampung Pasir, Kampung Melayu dan yang sewaktu dengannya sebagai wakil setempat. Adakah penduduk boleh menghalang jika tanah mereka diambil bagi tujuan pembangunan? Jawapan bagi persoalan di atas ialah rakyat tidak boleh menghalang pengambilan balik tanah bagi kegunaan persekutuan sebagaimana terkandung dalam Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Kerajaan Persekutuan boleh mengambil tanah melalui kerajaan negeri kerana urusan tanah dibawah bidang kuasa negeri. Yang akan meluluskan ialah exco negeri yang terdiri dari ADUN atau wakil rakyat yang dipilih oleh kita rakyat malaysia yang mengundi dia dengan diketuai oleh Menteri Besar (di Johor Ghani Othman la). Penduduk cuma boleh merundingkan jumlah pampasan yang boleh diterima sahaja. Maklumat lanjut sila buka buku akta ni yang boleh dibeli di kedai buku di Angsana atau kedai-kedai buku bahagian undang-undang. Persoalannya, adilkah tanah datuk nenek kita diambil dan dijual kepada orang Singapura? Kenapa WPI dikatakan menguntungkan Singapura? "Wawasan Malaysia untuk selatan Johor adalah cemerlang." Chua Lee Hoon, Pengarang Review, 2 Jun 2007, The Straits Times, Singapore "Dengan adanya Iskandar, kita boleh mengalihkan perniagaan yang tidak akan menguntungkan di Singapura - kerana masalah kekurangan tanah dan pelbagai halangan lain - tapi menguntungkan jika dilakukan di selatan Johor" Manu Bhashkaran, Felo Kanan Penyelidikan, Partner and Member of the Board, Centennial Group Inc. 5 Mei 2007, The Straits Times, Singapore Ini adalah 2 petikan komen daripada brosur yang didownload dari website yang disebut di atas. Rasanya dah boleh faham macamana faedah kepada Singapura. Dah tak laku kat tempat dia baru nak buang kat Johor. Rakyat Singapura bakal untung sebab mereka boleh beli rumah, pejabat atau hotel yang dibina di atas tanah orang Malaysia yang diambil kerana harga yang murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura. Cuba kita lihat sama-sama di sini. Harga sebuah rumah flat di Singapura ialah dalam lingkungan SGD200,000 (RM 460,000) hingga SGD 700,000 (RM 1.6 juta) www.hdb.gov. sg Statistik Harga Rumah di Singapura TOWN3-ROOM4-ROOM5-ROOMEXECUTIVEANG MO KIO $203,000 $307,000 $423,000 $550,000*BEDOK $193,000 $257,000 $400,000 $440,000*BISHAN $238,000*$340,500 $480,000$568,000*BUKIT BATOK $183,000$305,000$430,000$431,800 BUKIT MERAH $230,000 $428,000 $573,000 -BUKIT PANJANG $178,000$249,000$319,000$400,000*BUKIT TIMAH $255,000*$380,000*$440,000*$638,500*CHOA CHU KANG $169,800$253,000$313,000$380,000CLEMENTI $210,000$335,000$484,500$600,000*GEYLANG $185,000 $271,500 $435,000*$410,100*HOUGANG $184,000$263,000$349,000$416,000JURONG EAST $190,800$267,000$390,000$490,000*JURONG WEST $170,000 $242,000 $315,000 $360,000KALLANG/WHAMPOA $212,000$353,000$461,500$522,500*PASIR RIS -$275,500 $340,500 $455,000 PUNGGOL -$293,000 $358,000 $410,000*QUEENSTOWN $220,000$425,000$591,000$757,500*SEMBAWANG -$257,500 $308,000 $365,000*SENGKANG -$281,000$334,000$421,300SERANGOON $187,000$275,500$350,000$424,000*TAMPINES $222,000$293,000$350,000$446,000WOODLANDS $161,300$248,000$300,000$380,200OVERALL $197,000 $273,000 $340,000 $415,000 (Sumber: www.hdb.gov. sg) Berapa ramai orang Malaysia boleh beli rumah harga macam tu jika dibuat dikawasan WPI? Bos tempat saya kerja pun belum tentu boleh beli rumah harga macam ni. Rumah banglo di Johor pun tak sampai RM500 ribu. Rumah teres setingkat kos sederhana (RM100,000 hingga RM 200,000) untuk duduk sendiri di JB pun belum mampu dibeli oleh orang yang duduk di JB, inikan pula harta tanah berharga ratusan ribu ringgit. Menurut program kerajaan dalam Malaysia My Second Home Programme (www.mm2h.gov. my), penduduk asing boleh beli harta tanah di Malaysia yang berharga lebih RM 250,000 (SGD 109,000-murahnya bagi orang Singapura). Rumah kedai atau ruang pejabat di Malaysia lebih mahal dari harga rumah tetapi jauh lagi murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura. Jika saya orang Singapura amatlah beruntung kerana harta tanah serta barang keperluan boleh dibeli pada harga yang amat murah dan kekal menjadi hakmilik saya dan keturunan saya selama saya tidak menjual tanah tersebut. Persoalannya ialah apa yang akan berlaku jika separuh kawasan WPI ni dibeli oleh orang Singapura? Maka WPI ni jadi hakmilik Singapura lah. Orang Malaysia hanya boleh melawat kawasan-kawasan menarik di tepi Pantai Lido untuk makan steamboat. Lepas tu balik ke rumah di kawasan kampung nun jauh di Kulai atau Pekan Nenas, Pontian. Persoalan yang masih perlu diterokai: Masih terdapat banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Mungkin dilain kali kita bertemu lagi. Masih boleh difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana WPI melibatkan kepentingan semua kaum yang duduk di Johor khususnya. Antaranya: a.. Tak cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini? b.. Kenapa tidak dibangunkan kawasan belum membangun di tempat lain? c.. Mampukah orang Johor bergerak selari dengan pembangunan yang drastik ini? d.. Tidak cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang akibat ramai orang Singapura membeli belah di Johor Bahru? e.. Kenapa tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah orang Singapura dan Malaysia menjalankan urusniaga di kedua-dua negara? f.. Jika berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk akan menggantikan tanah tersebut untuk tinggal? Berapa harganya? g.. Siapakah pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam WPI? Boleh rujuk di sini. h.. Kenapa pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) ada dalam Majlis Penasihat WPI? i.. Jika WPI akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa yang bakal berlaku seterusnya? Harga barang keperluan? Kuasa beli? j.. Adakah kita sebagai anti pembangunan jika mempersoalkan WPI? k.. Siapakah yang merancang pembangunan WPI? Adakah orang tempatan JB terlibat atau orang yang duduk di KL merancang di atas kertas sahaja? l.. Kenapa tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat dengan jelas kepada kepada rakyat Johor? m.. Apa yang bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung Pasir, kampung Skudai Kanan, Kampung Majidee dan kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya? n.. Mampukah anak generasi kita menghadapi pembangunan yang pesat ini? Apa persediaan kita untuk itu? o.. Dimana saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea dan pandangan tentang WPI? p.. Jika WPI ini 'berjaya', adakah koridor-koridor lain pun akan dibuat benda yang sama? q.. Dan banyak lagi persoalan yang bakal muncul...memerlukan jawapan..di dunia dan akhirat. Semoga maklumat yang tidak seberapa ini mampu membuka mata pemimpin-pemimpin kita semua. Jangan hanya menyokong dan meluluskan sahaja semua yang dibentangkan. Guna akal yang waras dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat sebab nanti setiap pemimpin akan disoal atas apa yang dipimpimnya selepas mati kelak. Selamat berkoridor. Yang benar, Orang Johor Lama * Saya harap tulisan saya ini dapat disebarkan kepada ramai terutama pemimpin-pemimpin kita supaya mereka faham dan sedar apa yang berlaku dan bakal berlaku terutama kepada penduduk di kawasan WPI. Tulisan ini adalah untuk menjaga keharmonian semua kaum yang baru mengorak langkah ke arah kehidupan bersama yang aman sejahtera. Saya terlalu sayang untuk melihat keharmonian antara kaum ini dihancurkan oleh tangan-tangan yang tamak haloba. Tak kan melayu hilang di dunia bang tuah!!!!!! "Aku tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di bumi sendiri." - Rakyat Malaysia [MN RAZAK}
Posted by isa at 5:41 PM
Subscribe to: Posts (Atom)