Monday, May 31, 2010

AKAN HILANG LAGIKAH MILIK MELAYU....????

Mengapakah kerajaaan tidak membantu memelihara hak tanah milik ini?
Apakah dengan nama pembangunan atau nilai yang tinggi milik melayu ini perlu tergadai ?
Kenapa mereka mempamerkan kuasa wang di depan mata bagaikan melayu ini tidak punya harga diri?seolahnya melayu mudah dipujuk dengan wang......
Mengapa kerajaan yang di kuasai oleh UMNO tidak mahu mengunakan kuasa politik yang ada untuk mengunakan dana kerajaan membangunkan Kg Baru tanpa perlu memberi walau 0.0001% kepada bangsa lain???
Sepatutnya Kg Baru boleh menjadi tumpuan org-org melayu di masa mendatang sebagai tempat yang perlu dikunjungi memandangkan tiada tempat lagi di lembah kelang ini terutamanya di KL yang 100% adalah milik orang melayu.....Tidakkah kerajaan tidak peka pada situasi ini atau mereka turut terlibat dengan agen-agen asing untuk menghapuskan hak milik orang melayu di Kuala Lumpur.Situasi ini sama seperti isu cadangan pemindahan Universiti Malaya keluar dari Kuala Lumpur atas nama pembangunan juga...siapakah dalang ini sama dengan isu kampung baru??
Sebagai pemimpin yang di pilih oleh melayu sepatutnya mereka ini bukan saja mempertahankan milik melayu tapi mendaulatkannya...
Setiap negeri sekarang ini telah ada cina town,india town sepatutnya kerajaan jadikan kampung baru sebagai warisan bandar melayu..kekal tanpa perlu risau generasi akan datang akan mengadaikan atas apa sebab pun...
Sedarlah...asalnya tanah ini milik melayu,sikit demi sikit akan terlepas kpd bangsa asing ,bukalah mata pemimpin melayu kerna setiap hari Tanah Melayu ini inci demi inci luasnya bertukar tangan kpd bangsa asing.
Makanya jaga lah amanah nenek moyang melayu yang telah di persiakan oleh pemimpin terdahulu juga kini.Jika amanah ini kita ingkar maka kita adalah pengkhianat kepada bangsa melayu ini.


Nisbah 60:40 pembangunan Kg. Baru belum muktamad
31/05/2010 4:07pm

KUALA LUMPUR 31 Mei - Cadangan membangunkan hartanah di Kampung Baru berdasarkan nisbah 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera belum muktamad selagi tidak mendapat persetujuan daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Kerajaan akan mendengar serta menerima maklum balas daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan sebelum mengambil sebarang keputusan.
"Pemilik tanah Kampung Baru tidak perlu risau. Apa yang kami bentangkan pada Sabtu lalu adalah baru permulaan untuk mendapatkan persetujuan dan maklum balas daripada pemilik sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sabtu lalu, satu majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi membincangkan pembangunan di kawasan berkenaan.
Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu 40 hektar, yang merupakan antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia.
Raja Nong Chik berkata, kerajaan memberi jaminan kepentingan dan hak orang Melayu tetap dijaga dan diberi keutamaan walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak.
"Nisbah yang dicadangkan itu bertujuan memaksimumkan nilai hartanah di Kampung Baru khususnya apabila syarikat korporat bukan Melayu dan syarikat asing turut sama-sama melabur dalam pembangunan yang kita rancang.
"Ini sekaligus akan memberikan pulangan lebih tinggi kepada pemilik tanah Kampung Baru yang sama-sama turut melabur dalam pembangunan ini," katanya.
Raja Nong Chik berkata sebarang pendapat, maklum balas serta pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88891411 atau e-mel kepadanya di rnc@kwp.gov.my. - Bernama

No comments: