Friday, May 28, 2010

Dimana maruah Melayu kini?????????????








Salam buat pembaca terutamanya generasi melayu di negara yang di tukar panggil sebagai Malaysia,

Gambar pertama itu tertera nama persatuan seni cekak malaysia yang di ambil dari Blog http://silatcekakpsas.blogspot.com/

Gambar kedua dan ketiga adalah Shah Rukh Khan dari benua India serta gambar ke empat itulah hakikat diri Shah Rukh Khan.

Apakah yang ada di pemikiran orang melayu kini?bagaikan hilang pertimbangan dan cetek akal dalam memahami erti suatu pusaka bangsa yang perlu di warisi dari zaman berzaman.Inilah kata-kata yang terucap bila melihat banner dari suatu persatuan yang diketahui ramai adalah suatu persatuan budaya melayu yang mengembangkan silat sebagai jentera untuk mengekalkan erti jati diri orang melayu (rujuk http://www.silatcekak.org.my/).adalah Silat adalah sesuatu yang sinonim dengan org melayu sejajar dengan perkataan pendekar,hulubalang yang mengambarkan sesuatu bangsa.

Sekiranya silat itu adalah warisan bangsa melayu makanya orang melayu itu punya hak untuk memelihara pusaka bangsa ini walaupun mereka bukan ahli sesuatu persatuan agar nilai tamaddun melayu itu tidak hilang atau tercemar sepertimana PSSCM dimana AJK mereka telah memilih seorang yang bukan melayu untuk memimpin sebuah persatuan budaya yang berteraskan silat sebagai penggerak seni kebudayaan mereka.Perkara ini harap di teliti oleh orang-orang melayu dan boleh merujuk http://sapahabaq.blogspot.com/ sebagai panduan dari kemelut PSSCM kini.
Gambar Shah Rukh Khan yang dipaparkan sekadar membuka minda orang-orang melayu bahawa perbezaan antara mereka hanyalah di segi kerakyatan saja tapi mereka berdua berasal dari benua India.Mereka berdua boleh dipakaikan dengan apa saja pakaian melayu tapi jiwa dan darah mereka berdua tetap mengalir tamaddun India...itulah hakikatnya.
Makanya sesuatu yang wajar perlu dilakukan oleh orang-orang melayu agar pengkhianatan terhadap pusaka bangsa melayu boleh di cegah dari diambil kesempatan dari individu-individu yang bertopengkan agama,ketokohan,kedudukan atau apa saja alasannya untuk mengunakan seni kebudayaan melayu sebagai landasan memecah belahkan orang melayu.
Hilang budaya,Hilang lah suatu tamaddun bangsa.....perkara ini yang sepatutnya orang melayu fikirkan kerna teras tembok suatu bangsa adalah budayanya dimana setiap rumpun atau benua ada bahasa dan budaya nya sendiri.Manakah mungkin mereka dari benua lain(India,Cina,Afrika,Eropah,US,Arab) boleh memimpin salahsatu cabang seni kebudayaan Melayu kerna mereka tidak ada jiwa tamaddun itu walaupun mereka berada dalam rumpun melayu.
Orang-orang melayu harus belajar dari sejarah agar sesuatu yang telah terlepas(tanah,negeri,pulau,hakikat kuasa politik dll) tidak akan berlaku keatas seni kebudayaan pusaka melayu.Penjajah atau mubaligh tidak dapat mengkafirkan umat melayu kerna mereka tidak dapat mengubah tamaddun melayu(itu sebab Raja/Sultan masih ketua dari segi Agama dan Adat Melayu).Penjajah atau mubaligh gagal mengubah tamaddun melayu kerna mereka menjalani kehidupan serta berpakaian mengikuti tamaddun mereka sendiri.Agenda atau cara perang sabil kini mereka gunakan dalam mencemarkan tamaddun melayu dimana mereka kelihatannya seperti kita dalam menjalani kehidupan dari segi berbahasa,berpakaian dll walhal itulah pengorbanan perjuangan mereka dari zaman berzaman untuk melemahkan dan menguasai sesuatu bangsa,inilah yang di lalui oleh generasi kini dan kita sekarang perlu mendaulatkan warisan pusaka melayu dari dikhianati.

No comments: